10 SEBAB ANDA SUKA BERSAHABAT
1. Pelbagai perkara boleh dikongsi bersama. Ada kalanya luahan masalah, walaupun telah berulang kali tetapi tetap boleh dicurahkan kepada sahabat anda itu. Sahabat akan tetap mendengarnya dengan sabar.
2. Sahabat sedia menjadi teman bicara yang setia biarpun telinganya dah naik panas disebabkan berjam-jam lamanya berbual-bual di telefon.
3. Mulutnya terkunci rapat biarpun banyak rahsia anda yang telah diketahuinya. Banyak rahsia yang boleh dikongsi bersama tanpa sebarang rasa sangsi.
4. Katakan sahaja apa-apa jua hasrat hati anda, pasti si sahabat akan menyokong dan sedia menghulurkan bantuan dalam apa-apa jua bentuk demi kebahagiaann anda.
5. Anda baru sahaja ditipu oleh teman lelaki anda. Sahabat bergegas datang menemui anda biarpun tidak sampai 15 minit yang lalu anda menghubunginya. Sahabat ternyata sanggup bersusah payah demi anda!
6. Anda dan sahabat suka duduk-duduk santai di kafe berjam-jam lamanya sambil berbual mengenai perkara remeh dan bergosip.
7. Sahabat memeluk anda ketika anda bersedih, tanpa anda perlu banyak berkata-kata.
8. Dialah individu yang berani mengkritik anda tetapi kritikan itu memang membina khususnya yang berkaitan dengan penampilan anda.
9. Rela mendengar bebelan anda biarpun tidak kena mengena dengan dirinya.
10. Akhir sekali anda rasa selesa dan bahagia apabila sahabat berada di sisi.
Apabila sahabat anda memnuhi kesemua ciri-ciri tersebut, selamat berbahagialah anda! Anda memang beruntung. Sahabat macam dia memang sukar ditemui. Semoga persahabatan anda kekal selama-lamanya.
-Petikan daripada FOKUS SPM , Julai 2009-
Namun… adakah anda begitu jua apabila sahabat anda memerlukan anda? Fikir-fikirkanlah……..WSHWZ
ANDA DAN KLIK – Siapa Kuasai Siapa?
Ramai remaja gemar berkawan dalam satu kumpulan yang agak besar dalam lingkungan empat atau lima orang. Kumpulan ini lebih dikenali sebagai klik. Selalunya pelajar sekolah gemar memasang klik - kawan baiklah katakan, paling kamceng. Klik ini biasanya kalau tak cukup seorang rasa seperti tidak lengkap. Betul tak? Selain boleh buat kumpulan belajar, boleh juga keluar bersama-sama, boleh berkongsi cerita, gelak ketawa dan sentiasa menceriakan suasana. Kalau anda hendak menguji sama ada anda kawan sejati atau tidak, cubalah kuiz di bawah ini.
1. Masa di kelas sudah tamat. Perkara pertama yang anda lakukan ialah
a. Mengajak klik anda menghabiskan kerja yang belum disiapkan lagi, maklum saja esok cikgu hendak periksa.
b. Kumpulkan klik anda dan merancang aktiviti yang akan dilakukan
c. Terus keluar kelas tanpa mempedulikan teman lain.
2. Salah seorang daripada klik anda, si A keluar dengan jejaka/ gadis yang popular di sekolah sedangkan sebelum itu klik anda merancang untuk keluar bersama. Anda …..
a. Meneruskan rancangan walaupun tak cukup kuorum. Tak ada hal!
b. Menghasut klik anda yang lain agar tidak menegur sapa si A.
c. Buat tak tahu saja.
3. Seseorang yang anda minati mengajak anda menghadiri parti hari jadinya sedangkan anda sudah berjanji dengan klik untuk keluar bersama. Anda senyum dan berkata…
a. “Terima kasih. Tapi saya tidak dapat pergi ke parti kamu.”
b. “Ok juga. Tapi boleh tak kalau saya bawa kawan-kawan saya?”
c. “Siapa…. Saya?”
4. Anda berjanji untuk pergi makan dengan klik anda di sebuah restoran makanan segera. Apabila anda sampai, restoran tersebut penuh sesak. Anda….
a. Ajak saja klik anda makan ditempat lain.
b. Tidak perlu risau kerana anda sudah tempah meja makan terlebih dahulu. Jadi tak perlulah anda batalkan temu janji bersama klik anda.
c. Tak jadi masuk. Batalkan saja temu janji anda itu.
5. Seorang daripada klik anda mempunyai masalah besar dengan teman lelaki/perempuannya. Dia minta nasihat anda untuk menyelesaikan masalahnya itu. Nasihat anda ….
a. “Tinggalkan saja teman lelaki/perempuan kamu itu, menyusahkan saja.
b. “Sabar saja. Kita orang ka nada!”
c. “Entahkah. Kamu kena selesaikan masalah itu sendiri. Saya tidak pernah bercinta!”
6. Semasa dalam peperiksaan anda cuba memujuk klik anda untuk meniru. Secara tiba-tiba guru anda dapat mengesannya. Alasan anda ….
a. Mengaku salah sendiri tanpa membabitkan klik anda yang lain.
b. Mengheret klik anda sekali. Yalah, kalau kena hukuman, biar sama-sama tanggung.
c. Cakap dengan guru anda yang anda hanya mengikut klik anda saja.
7. Anda boleh dikatakan seorang pelajar yang bijak dalam mata pelajaran Matematik dan dalam masa yang sama kawan anda memerlukan pertolongan untuk menyelesaikan masalah Matematik mereka. Jadi anda?
a. Sama-sama menyelesaikan masalah itu.
b. Tidak menghiraukan dan mengharapakan kawan anda itu menyelesaikan masalah itu dengan sendiri.
c. Hanya tunjukkan formula penting sahaja dan biarkan dia menyelesaikan sendiri soalan yang sukar itu. Kalau tak buat sendiri macam mana nak pandai?
8. Klik anda sebulat suara merancang untuk bercuti di sebuah pusat peranginan tetapi anda kurang menyenangi tempat yang dirancang itu. Anda terus
a. Malas nak ikut
b. Ikut saja sebab semua orang sudah bersetuju
c. Beri cadangan untuk ke tempat lain
9. Satu pertandingan nyanyian akan diadakan tidak lama lagi. Anda bercadang untuk menyertainya. Anda ...
a. Menyertainya secara solo tanpa mengajak klik bersama.
b. Minta pandangan klik anda samada ingin menyertai pertandingan itu atau tidak
c. Mengajak klik anda untuk sama-sama menyertai pertandingan tersebut.
10. Salah seorang klik anda bakal menyambut hari jadinya. Perancangan anda…
a. Belikan hadiah yang murah sahaja, janji anda mengingati tarikh lahirnya.
b. Buat tak tahu saja. Anda sendiri pun tidak pernah mengingati tarikh lahir anda.
c. Rancang bersama klik yang lain untuk mengadakan parti mengejut untuknya.
MARKAH ANDA
A Sahabat Yang Baik
Jika anda memilih ‘a’ sebagai jawapan lebih daripada enam, sememangnya anda seorang sahabat yang baik. Anda amat mengambil berat soal persahabatan. Bak kata pepatah, susah senang bersama. Anda juga seorang pendengar yang baik dan sanggup berkorban demi persahabatan. Beruntung sesiapa yang dapat kawan seperti anda
B Berlagak Seperti Ketua
Jika anda memilih ‘b’ sebagai jawapan lebih daripada enam, nampaknya anda berlagak seperti seorang ketua. Malah klik anda juga sama ada terpaksa atau dipaksa supaya menurut saja cakap anda. Anda suka mendesak klik anda menurut saja apa-apa yang anda katakan. Dalam persahabatan kena bertolak-ansur, saling bekerjasama dan bertoleransi. Barulah persahabatan yang terjalin akan berkekalan selama-lamanya.
C Mementingkan Diri Sendiri
Jika anda memilih ‘c’ sebagai jawapan lebih daripada enam, berhati-hatilah. Anda seorang yang amat mementingkan diri sendiri dan ego. Walaupun anda mempunyai klik sendiri, ada kalanya mereka tidak menggemari sikap anda itu. Apa tunggu lagi? Segera ubah sikap anda itu. Daripada anda hilang kawan dan terkontang-kanting sendirian, baik anda hilangkan sikap ego itu.
-Petikan dari FOKUS SPM, Julai 2009-
Selamat mencuba! - WSHWZ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment