Friday, June 26, 2009

22 LAGU UTAMA




22 LAGU-LAGU UTAMA

1. KERANAMU MALAYSIA

Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar I.T. pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua
Pasti merasa bangga

Keranamu
Kami mendakap tuah
Keranamu
Kami bangsa berjaya
Keranamu
Kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu
Kami bebas merdeka
Keranamu
Nyawa dipetaruhkan
Keranamu
Rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

Keranamu negara Malaysia
Malaysia ………
Terima kasih Malaysia!!!!!

Pencipta: Pak Ngah
Senikata: Siso Kopratasa



2. JALUR GEMILANG

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang….Di bawah naunganmu
Jalur Gemilang….Kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang….Megah kami terasa
Jalur Gemilang….Kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua….

Berkibarlah….
Berkibarlah….
Berkibarlah….
Jalur Gemilang Pencipta: Pak Ngah
Senikata: Siso Kopratasa


3. MALAYSIA TERCINTA

Tanah air tercinta
Ibu Pertiwi Warisan Bangsa
Negeraku Malaysia bebas merdeka
Lambang keamanan dan kemakmuran

Bertekad dan berbakti
Semangat waja gigih berusaha
Sehati dan sejiwa
Rakyat berbilang bangsa
Menuju ke arah satu cita

Keluhan resah
Tiada bermain di jiwa
Semuanya bergantikan ceria
Zaman gerhana jauh sudah
Ditinggalkan

Malaysia tanah tercinta
Budimu tinggi nilainya
Kami yang menerima jasamu
Tak terbalas…..

Walaupun bergalang nyawa
Demimu tetapku relakan
Malaysia tercinta
Tanah bertuah
Jasa dan budi
Tetapku sanjung tinggi
Tetapku sanjung tingg
4.TANAH PUSAKA

Sungguh gemilang negeri ku
Yang ku puja oh tanah Malaysia
Di merata dunia harum semerbak
Nama mu oh Malaysia

Aman makmur kaya raya
Selama-lama hidup maju jaya
Kau tanah pusaka
Negara ku yang berdaulat dan merdeka

Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa di dalamnya
Hidup aman dan bersama
Bersatu kerja untuk Malaysia

Musuh melanggar ku gempur
Sungguh rela ku gugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata

Pencipta : Ahmad Marican
Senikata: Wan Ahmad Kamal



5. KEMEGAHAN NEGARAKU

Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku yang ku cintai
Seumurnya maha perkasa
Kedaulatan ibu pertiwi

Malaysia ku maha berjaya
Negara ku indah murni
Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku ibu pertiwi

Pencipta: Jimmy Boyle
Senikata: Dol Baharin




6. PUTRA PUTRI

Putra putri negara jaya
Bersatu berpadu tenaga
Padamu harapannya bangsa
Seandai cita-cita

Putra putri sejati mulia
Kota bandar desa sepasti
Seruan jasmani dewi suci
Bakti jasa jiwa mu

Menengakkan nusa
Mendirikan bangsa
Putra putri dewi
Cekal gagah berani

Putra putri negara jaya
Bersatu berpadu tenaga
Padamu harapannya bangsa
Seandai cita-cita

Pencipta: Jimmy Boyle
Senikata: Dol Baharim

7. PAHLAWAN KU
Pahlawan ku
Pergilah berjuang untuk bangsa
Jangan ragu
Nama mu tetap dipuja

Biar mati
Sebagai pahlawan yang sejati
Jangan undur
Jasamu kelak bertabur

Selamat kau pergi
Selamat kembali
Dengan hati suci
Dan tak takut mati

Pahlawan ku
Menuju ruang ke medan perang
Jangan ragu
Sebagai askar berjuang

Pencipta : Yusoff B
Senikata: Yusoff B


8. WAWASAN 2020
Bendera berkibar di angkasa
Lambang negara gagah
Rakyat sepakat sehati sejiwa
Tekad berbakti dengan megah
Hadapi cabaran masa muka
Penuh tenaga murni
Bakti dicurah searah sehala
Dengan wawasan yang suci
Wawasan meningkat kemajuan
Tiada lagi kepincangan
Kemewahan rata dirasai
Bersama kita nikmati
Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan

Pencipta: Akhbar Nawab


9. BUMI MALAYSIA

Bersinar di seluruh alam ku
Gemilang cemerlang cahaya
Lahirkan di zaman dunia baru
Malaysia negara baru Malaysia

Berkibar bendera Malaysia ku
Berkibar di di angkasa tinggi
Menunjukkan semangat bersatu
Bumi Malaysia tetap aman sejati

Terus berjaya dan subur bahagia
Malaysia negara ku yang kaya
Tetap terpuji serata dunia
Kerana hidup damai sentiasa

Gembira di bumi ku Malaysia
Bermegah segala mahluknya
Mempertahankan semangat maju
Berjaya Malaysia negara baru

Pencipta : Ariff Ahmad
Senikata: Ariff Ahmad

10. MUHIBBAH

Muhibah muhibah
Itulah amalan kita semua
Muhibah muhibah
Sejak sedari zaman purbakala

Tunaikanlah ikrar
Satu nusa satu bangsa merdeka
Satu loghat dan satu suara
Dalam Malaysia jaya

Junjung tinggi cita-cita bangsa
Hormatilah perlembagaannya
Marilah kita berganding tangan
Hapuskan jurang perbezaan

Muhibah muhibah
Gema bersatu padu satu bangsa
Negaraku makmur bahgia
Dalam Malaysia jaya

Pencipta: Saiful Bahari
Senikata: Saiful Bahari



11. ILHAM PUJANGGA

Ilham dari pujangga
Berdiam diri bukan ertinya aku kalah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia

Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itulah sifat orang bijaksana

Berikanlah tenaga
Untuk nusa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan

Kasih sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai sayang
Pandang yang ramai kepada yang satu

Sungguhkanlah hatimu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah diri mu
Dari perkara yang merugi

Maaf mudi dan muda
Ku susun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang pujangga
Hanya seorang penyanyi biasa

Pencipta : A. Rahim Yadi
Senikata: A. Rahim Yadi




12. MALAYSIA OH TANAH AIRKU

Malaysia oh tanah air ku
Tanah tempat tumpah darah ku
Negeri elok amat ku cinta
Yang ku puja sepanjang masa

Sawah mu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang
Tak jemu mata ku memandang

Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeru ku Malaysia
Pusaka tinggalan moyang ku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah air ku

Pencipta: Johar Bahar
Senikata: Johar Bahar



13. PERWIRA

Perwira
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasa mu dikenang

Dengarlah lagu ku cipta
Gubahan mesra dan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju
Jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersama mu
Perwira ku….


14. PERAJURIT TANAH AIR

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburkan bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

Pencipta: Surya Buana
Senikata: Surya Buana




15. BERJAYA

Malaysia kita sudah berjaya
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya

Berbagai kaum sudah berikrar
Menjunjung cita-cita
Satu bangsa satu bahasa
Malaysia berjaya

Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya

Dengar semboyan kita berjaya
Gemuruh di angkasa
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya

Pencipta : Saiful Bahri
Senikata: Saiful Bahri




16. MALAYSIA BARU

Andai hidup tak punya cinta
Pada bangsa mahu pun wanita
Hidup tidak punya ertinya
Kenikmatan tidak dirasa

Cinta bangsa rasa mulia
Cinta wanita rasa bahgia
Menjadi cita penuh daya
Mencipta hidup sempurna

Andai kita lalai sertalah lupa
Masa akan lari sia-sia
Jiwa kosong tak berharga
Dunia bukan syurga oh…oh

Oleh itu mari kawan ku
Berpimpin tangan berganding bahu
Segera capai cita yang Satu
Di alam Malaysia baru



17. JOGET MALAYSIA



Datok panglima pergi membajak
Ke tanah rata senja pulangnya

Kalau Saloma orang yang bijak
Negeri kita apa namanya

Ikanlah keli di dalam perahu
Oranglah buta tangkap buaya

Kalau Cik Ramlee ingin nak tahu
Negara kita nama Malaysia

Ramalah rama di pohon duri
Mati ditimpa si buah nangka

Kalau Cik Saloma orang bestari
Bulan berapa Malaysai merdeka

Anak benggali kebun nyonya
Petiklah gambus anak Melaka

Wahai Cik Ramlee ini jawabnya
31 Ogos merdeka

Pencipta: Tan Sri P. Ramlee
Senikata: Tan Sri P. Ramlee





18. TANGGAL 31


Tanggal 31
Bulan lapan
Lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan
Lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka

Tiga satu
Bulan lapan
Lima puluh tujuh
Hari mulia negara ku merdeka

Hak Cipta Terpelihara
Penyanyi: Ahmad C.B.

Tangan Yang Memberi


Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Menolong orang jangan harap balasannya
Biar dengan ikhlas janganlah separuh hati
Tiap yang berbakti tuhan maha mengetahui

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Kesucian diri itulah sifat paling dipuji
Senyuman di bibir keindahan budi bahasa
Keluhuran hati kita akan berbahagia

Sikit sama merasa
Fakir jangan dilupa
Hidup kita hanya sementara
Manusia bersaudara
Kasih sesama kita
Jauhi dari bersengketa


20. MASIHKAH KAU INGAT

Masihkah kau ingat
Pada waktu itu
Sekuntum bunga mekar
Ku selit ke rambutmu
Masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
Kita berlari-lari
Di kaki langit mencari pelangi
Lalu hujan turun
Kita basah bersama
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
Sekuntum bunga itu
Di tapak tangan ini iamenjadi layu
Laluku genggam ia menjadi debu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat





21. NAMUNKU PUNYA HATI

Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak slincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namunku punya hati
Juga daya dan perasaan
Hidupku yang begini
Sekadar waktu diizin tuhan

Tidakku minta lahir ke dunia
Tidakku duga cacat begini
Bukanku minta kasih dan manja
Bukanku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masaku pergi jua


Timang-timang anakku sayang
Buah hati ayahnda seorang
Jangan menangis dan jangan merajuk sayang
Tenanglah tenang di dalam buaian

Betapa hati takkan diam
Lihat kau bergurau dan ketawa
Mogalah jauh dari mara bahaya sayang
Riang gembira sepanjang masa

Setiap waktuku berdoa
Pada Tuhan yang maha kuasa
Bila kau sudah dewasa
Hidupmu bahagia sentosa

Timang-timang anakku sayang
Kasih hati permata ayahnda
Tidorlah tidur pejamkan mata sayang
Esok hari bermain kembali


Setiap waktuku berdoa
Pada Tuhan yang maha kuasa
Bila kau sudah dewasa
Hidupmu bahagia sentosa

Timang-timang anakku sayang
Kasih hati permata ayahnda
Tidorlah tidur pejamkan mata sayang
Esok hari bermain kembali

Esok hari bermain kembali
Esok hari bermain kembali
Esok hari bermain kembali
Esok hari bermain kembali
Esok hari bermain kembali
Esok hari bermain kembali…



UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SMK BANDAR BARU SENTUL
KUALA LUMPUR


KEMAHIRAN BELAJAR

A. KEMAHIRAN MEMBACA

Dalam proses Kemahiran Belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca:

Membaca secara BERHATI-HATI
· Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca
· Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya
· Elakkan gangguan radio dan televisyen

2. Membaca secara MENYELURUH
· Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir
· Jangan anggap bahagian pengenalan kurang apenting
· Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.

3. Membaca secara BERULANG-ULANG
· Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik
· Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam
· Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting.

4. Membaca dalam SUASANA yang SELESA
· Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
· Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
· Udara sekitar mestilah mencukupi
· Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.

5. Berasa dalam KEADAAN selesa
· Duduk dengan betul
· Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.
· Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.

6. Baca secara PERPERINGKAT
· Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
· Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini
teknik mengingat dan menulis nota digunakan.

7. Cuba BENTUK SOALAN ketika membaca
· Gunakan kaedah 1 husband 6 wives

HOW
WHAT
WHO
WHEN
WHERE
WHICH
WHY


· Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang dibaca.

8. CATATKAN isi yang dibaca
· Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat,
mengingat.
· Ketika mencatat kamu berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih
tajam.

9. Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
· Pastikan pen,, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
· Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.
· Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.
· Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
· Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.

B. KEMAHIRAN MENCATAT NOTA

Kemahiran mencatat nota yang berkesan perlu asa kemahiran-kemahiran berikut:

Kemahiran MENDENGAR
· Digunakan semasa proses pembelajaran
· Boleh dilakukan serentak
· Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan.

Kemahiran MEMBACA LAJU.
· Digunakan semasa menyalin nota daripada buku.
· Menjimatkan masa menceduk idea-idea utama.
· Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur.

Kemahiran MENULIS
· Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sis sahaja.
· Mampu menulis dengan cepat dan kemas.
· Tahu menulis menggunakan huruf singkatan boleh melipatgandakan usaha kamu.

Catatkan KATA KUNCI sahaja.
· Memilih isi-isi penting sahaja.
· Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman kamu.
· Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami.

NOTA RINGKAS dan padat
· Nota yang dibuat mesti kamu fahami sendiri
· Nota yang ringkas danpadat boleh menyegarkan ingatan kamu
· Nota yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan kamu.

Gunakan PERKATAAN sendiri
· Cara ini menambahkan lagi daya ingatan atau penghafalan kamu.
· Hal ini kerana nota kamu adalah hak kamu.
· Hanya kamu yang faham apa yang kamu tulis.

Faham setiap KATA KUNCI
· Jangan menggunakan kata kunci yang mengelirukan kamu.
· Masa akan terbuang dan usaha kamu adalah sia-sia sahaja jika nota yang dibuat tidak
difahami.

C. KEMAHIRAN MENGINGAT

Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterika hendaklah disimpan agar tidak lupa uantuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat:

HAFAL isi yang dibaca
· Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu.
· Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat “apakah warna pelangi dan bagaimanakah
pelangi terbentuk?”

Isi DISUSUN dengan betul
· Sebutkan isi yang kamu hafal
· Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu hafal.

Tentukan perkara yang perlu DIINGAT
· Pastikan turutan isi betul
· Contoh: Kamu ingin mengingat nama bulan.
· Pastikan kamu menghafal bermula daripada bulan Januari danberakhir dengan Disember.

UJI kemampuan daya ingatan
· Di sini kamu perlu memainkan dua watak
i- Penyoal
ii- Penjawab
· Cuba “soal” apa yangingin kamu ingat. Kemudian jawab
· Jika kamu dapat mengingat. Teknik ingatan sedang berlaku.

Lakukan ULANG KAJI sekerap mungkin
· Baca, baca, baca, dan bacalah selagi ada kesempatan
· Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan

Cuba INGAT semula apa yang kamu telah baca.
· Proses mengingat semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan:
a- Sebelum tidur
b- Selepas tidur
· Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan kamu dalam masa jangka panjang.

Menggunakan Kaedah AKROSTIK
· Menggunakan Kepala huruf fakta membentuk ayat.
· Contoh: Jenis Kata: Nama, Kerja, Adjektif, Keterangan, Tugas, Sandang Kata
Nana Kejar Ayam Keliling Taman Sana


Menggunakan Kaedah BUNYI SEAKAN
· Gantikan fakta kepada bentuk cerita
·
Lemak, Vitamin, Pelawas, Air,
Garam Mineral, Protein, KarbohidratContoh: Kelas Makanan
Mak Amin tak Lawas bila minum Air Mineral dalam Tin Karat



Menggunakan Teknik PEMBAHAGIAN NOMBOR
· Bahagikan nombor yang hendak dihafal kepada beberapa bahagian.
·
(654320789)Contoh:
654…..320……789



10.Praktikkan Penggunaan SISTEM IRAMA
· Tukarkan ayat atau isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk irama.
· Pilih lagu yang paling kamu gemari.
· Ingatan menjadi bertambah kuat jika kamu menggunakan irama lagu artis pujaan kamu.

Praktikkan Penggunaan SISTEM GAMBAR.
· Gambarkan objek yang ada kaitan dengan isi yang perlu dihafal.
· Contoh: Kamu ingin mengingat perkataan “bank”. Kaitkan dengan gambar “duit”.

Menggunakan KAEDAH AKRONIM.
·
Reptila, Ikan, Mamalia, Burung, AmfibiaMenggabungkan huruf pangkal untuk membentuk satu perkataan yang perlu diingat.
·
RIMBAContoh: Pengelasan Haiwan


TEKNIK MENDENGAR BERKESAN


1. Mulai proses mendengar dengan meminta pertolongan daripada Allah dengan membaca bismillah dan kemudian berdoa.

2. Anda hendaklah berada dalam keadaan siap sedia. Tidak terlalu letih, tidak mengantuk, tidak tertekan dan sebagainya. Jika anda mengarituk hendaklah menarik nafas panjang dengan kuat, tahan nafas beberapa saat dan kemudian lepaskan. Lakukan aktiviti ni sekurang-kurangnya 3 kali. Jika masih mengantuk buat senaman muka atau badan (dalam keadaan duduk di kerusi).

3. Sediakan peralatan menulis dan mencatat dengan lengkap.

4. Duduk dekat dengan guru atau sumber suara jika mengizinkan.

5. Tumpukan seluruh pendengaran, fikiran dan perhatian terhadap maklumat yang disampaikan. Insya-Allah, anda akan dapat memahami, mengingati dan mencatat dengan baik.

6. Sebelum masuk ke kelas, buat pembacaan atau rujukan awal tentang tajuk yang hendak diajar oleh guru supaya anda mempunyai maklumat asas tentang tajuk yang dipelajari. Di samping itu, anda dapat berfikir dan menjangkakan apakah fakta yang akan disampaikan oleh guru.

7. Fikiran dan jangkaan anda mestilah mendahului maklumat yang akan disampaikan oleh guru. Anda semestinya dapat menjangka
perkataan, sebutan dan idea lebih cepat daripada pengajaran yang akan disampaikan.

8. Perhatikan dengan teliti dan dengarkan perkataan penting atau gaya penyampaian guru yang boleh dijadikan isyarat penting. Misalnya, suara yang ditinggikan oleh guru, isyarat tangan, perkataan penting seperti awas, perhatikan, ingat baik-baik dan sebagainya.

9. Elakkan daripada melakukan aktiviti yang boleh mengganggu pendengaran anda seperti:-
a) berbual dengan kawan di sebelah
b) bertanya dengan kawan di sebelah
c) mengalih perhatián, fikiran dan tumpuan kepada perkara lain
d) membuat aksi/tabiat yang tidak disedari seperti memutarkan pensil, mengorek hidung, menggigit kuku dan sebagainya.

10. Sambil mendengar, anda harus berflkir dan mencatat nota tentang bahan penting yang disampaikan tidak kira sama ada anda faham atau tidak (jika bahan yang dicatat tidak difahami maka bolehlah bertanya kepada guru kemudiannya).


Menulis merupakan kegiatan utama pelajar terutama semasa menghadapi peperiksaan. Kemahiran anda menulis dengan jelas, tepat dan menarik merupakan rahsia kejayaan anda dalam peperiksaan berbanding dengan orang lain. Anda perlu berlatih menulis dan panduan berikut boleh digunakan semasa latihan menulis.

PANDUAN LATIHAN MENULIS

1. Pilih satu tajuk/subtajuk daripada mana-mana mata pelajaran. Gambarkan dalam minda anda tentang tajuk/subtajuk tersebut. Apakah yang anda lihat? Tukarkan gambaran tadi menjadi pemikiran yang boleh diucapkan melalui perkataan.

2. Mula menulis tanpa memberi perhatian yang terlalu khusus terhadap apa yang anda tulis seperti kesalahan ejaan, susunan idea, sintaksis (susunan perkataan dalam ayat), wacana dan sebagainya. Teruskan menuiis dan menulis.

3. Yakin serta percaya kepada keupayaan anda menulis tanpa berfikir yang lain selain daripada apa yang ingin anda sampaikan. Anda menulis dan terus menulis.

4. Setelah siap, baca penulisan anda secara keseluruhan. Pastikan anda faham dan jelas tentang apa yang telah anda tulis.


5. Fikirkan secara kritis apa yang telah anda tulis. Adakah terdapat pertalian antara fakta atau apa-apa idea yang anda sampaikan dengan contoh yang anda berikan. Adakah anda terlalu banyak menggunakan perkataan dan tidak ekonomik?

6. Adakah perenggan yang anda tulis tidak mempunyai makna atau tiada kaitan langsung dengan perenggan yang lain. Jika tiada makna atau tiada kaitan, lupakan sahaja peranggan atau bahagian tersebut.

7. Adakah anda berasa apa yang telah anda tulis adalah jelas secara keseluruhan. Misalnya, anda menulis tentang “Peranan komputer dalam alaf baru’. Adakah anda hanya menggambarkan suasana/senario penggunaan komputer pada alaf baru tanpa membincangkan peranannya?

8. Perhatikan tulisan anda. Adakah saiz tulisan anda terlalu kecil sehingga sukar dibaca atau terlalu besar sehingga menggunakan banyak ruang. Latih diri anda menulis saiz tulisan yang sederhana, kemas dan cukup sesuai untuk dibaca. Dalam situasi peperiksaan, bayangkan anda membaca tulisan pelajar yang terlalu kecil sehingga anda berasa bosan dan tawar hati untuk meneruskan pembacaan. lngat! Peperiksaan juga melibatkan perasaan orang lain terutama pemeriksa kertas jawapan anda!!!
Lalai sesaat ada kalanya mencucurkan air mata setahun


S = Survey (Tinjau) Q = Question (SoaI) R = Read (Baca)
R = Recite (Lafaz) R = Review (Ulangkaji)

Survey (Tinjau)
1. Baca tajuk, tajuk kecil dan rumusan sesuatu bab.
2. Dapatkan gambaran secara kasar.

Question (Soal)
1. Bina soalan seperti apa, mengapa, bagaimana, di mana, siapa, bila dan sebagainya.
2. Cari jawapan semasa membaca tajuk atau rumusan bab.

Read (Baca)
1. Baca untuk dapatkan idea, kumpul fakta dan fahami keseluruhan tajuk atau bab.
2. Gunakan idea atau fakta tersebut untuk jawab soalan.

Recite (Lafaz)
1. Baca, ingat, tutup buku, ingat dan buka buku semak semula.
2. Jika tidak ingat ulang pnoses yang sama.

Review (Ulangkaji)
1. Catat semua fakta atau isi penting.
2. Gunakan kata kunci.
3. Buat nota ringkas, peta minda, peta konsep, carta aliran, kad istilah dan sebagainya.

KAEDAH MENGINGAT

Proses pembelajaran memerlukan daya usaha untuk mengingati apa yang hendak dipelajari. Topik ini akan memberikan kaedah khusus untuk memudahkan anda mengingati apa yang telah dibaca di dalam buku teks ataupun buku rujukan. Teknik ini dinamakan SQ3R. Ia diterangkan seperti berikut:

SURVEYMendapatkan gambaran awal keseluruhan topik yang hendak dipelajari dengan membaca perenggan pertama dan juga terakhir.
QUESTIONMengenalpasti isu atau perkara pokok yang hendak disampaikan di dalam topik tersebut. Sebagai contoh, apakah mesej yang ingin disampaikan di dalam kisah ini?.
READMembaca secara proaktif dengan menghayati keseluruhan bahan yang dibaca, perenggan demi perenggan sehingga habis topik tersebut.
RECALLMengingat, dan cuba terangkan kembali dengan perkataan atau ayat sendiri tentang isi kandungan yang telah dipelajari dan difahami daripada topik yang telah dibaca itu.
REVIEWMembaca sekali lagi bagi memastikan apa yang telah dipelajari dan difahami tadi terus tersimpan di dalam otak.

PANDUAN BELAJAR

Kaedah Belajar Berkesan
Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.
Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.
Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.
Memahami apa yang dibaca.
Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.
Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.
Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.
Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet.
Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.
Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.
Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.
TEKNIK BELAJAR BERKESAN


PENGENALAN

Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan. Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.


Teknik Belajar 5R-STUV
Recopy [salin semula]
Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
Recheck [semak semula]
Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]
S-sumarize [ringkaskan nota penting]
T-test your self [uji diri anda]
U-use [gunakan]
V-visualize [bayangkan selalu]

Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan

kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

Teknik Belajar PV3R
Preview (tinjauan awal)
Question (soal diri)
Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
Recite & write (lafaz dan tulis nota)
Review (tinjauan akhir)
Sumarize (ringkaskan)
Test your self (uji diri anda)
Use (gunakan)
Visualize (bayangkan)


PENGURUSAN MASA

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir, formula dan lain-lain)
Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
Masa menonton tv (melukis rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
* MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG IALAH MASA BELAJAR DI WAKTU SUBUH.
Lain-lain masa yang perlu diurus.


Masa ditelifon-pendekan perbualan
Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
Masa mendengar radio(kurangkan masa)
Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)
Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin, pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.
7 Cara Cemerlangkan Otak

Positive mental attitude & positive physical action.
Air-clean air for the brain.
Mental Challenges for the brain.
Food for the brain.
Exercise for the brain.
Sleep for the brain.
Meditation & power brain.


Amalan Peningkatan Daya Ingatan



Faham.
Jarakkan/pecahkan masa belajar.
Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
Percaya pada diri sendiri.
Ulang berkali-kali.
Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

AMALKAN SEMOGA BERJAYA


RESEPI KEJAYAAN


Bahan-bahannya;
250 gm Daya usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
8 sudu the rasa tanggungjawab
200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.


PANDUAN MENCATAT NOTA

PENGENALAN
Nota adalah merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.
Mencatat nota adalh satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.
Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.

Mengapa perlu Membuat nota ?
Semasa mencatat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau semasa sedang membaca.
Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah diipelajari daripada guru atau apa yang kita baca.
Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila terlupa.
Mencatat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan.
Nota membolehkan pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari.
Nota yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.


Nota daripada buku teks


Pelajar yang menganggap mencatat nota daripada buku teks hanya membuang masa , haruslah berfikir semula.

Mencatat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya. Misalnya:

Membantu pelajar memhami pelajaran

Berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan


Dapat melatih berfikir dapat memningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.


TANPA USAHA KITA TIDAK AKAN BERJAYA


TEKNIK MENCATAT NOTA


Berikut ada beberapa panduan di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mencatat nota:
Buat persediaan yang lengkap-misalnya pen,pensil,kertas dan buku.
Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat.
Kenalpasti kata kunci. Gunakan formula [ 4 W+ H ]
· What [ Apa ]
· Why [ Kenapa ]
· When [ Bila ]
· Where [ Di mana ]
· How [ Bagaimana ]
4. Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan.
Lukiskan gambarajah atau carta yang sesuai.

CIRI-CIRI NOTA YANG BAIK
Terdiri daripada isi-isi penting [utama].
Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca.
Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran.
Catatkan isi-isi penting sahaja dengan menggunakan ayat sendiri.
Gunakan dalam bentuk point, elakan menyalin ayat yang panjang.
Kalau perlu gunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham.
Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca.

LANGKAH-LANGKAH MENJELANG PEPERIKSAAN

1. Bertenang dan melapangkan fikiran.
2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.
3. Tidur yang mencukupi..
Menjaga kesihatan diri.
Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .
Membuat dan membaca nota-nota ringkas.
Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.
Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.
Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
Menjawap soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.
Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.
Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
Menjawap soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
21 .Pastikan pelajar menjawap semua soalan yang dikemukakan mengikut
arahan yang dinyatakan.
KATA-KATA MOTIVASI

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda.
Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.- Charles Cahier
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.- Charles Cahier
Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.- James Allen
Menyimpang seinci, rugi seribu batu.- Peribahasa Cina
Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.- Benjamin Disraeli
Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.- I. Salanter Lipkin
Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.- Aristotle
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.- Albert Camus
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.- Marcus Aurelius
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.- Jose Joaquin Olmedo
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah


semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.- Joseph Conrad
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.- William J. Siegel
Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.- Philip Massinger
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.- Lao Tze
Kegagalan adalah asas kemenangan- Lao Tze
Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.- Lao Tze
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.- Flower A. Newhouse
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.- Samuel Johnson
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.- Cecil B. DeMille
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.- Peribahasa Arab
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.- Peribahasa Melayu
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.- Confucius
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.- Confucius


SMK BANDAR BARU SENTUL
51000 KUALA LUMPUR

PROGRAM
KEMAHIRAN BELAJAR

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SMK BANDAR BARU SENTUL