Thursday, July 30, 2009

Isu-isu dan permasalahan remaja masa kini; Punca-punca dan cara membantu mereka

Isu-isu dan permasalahan masa kini; Punca-punca dan cara membantu mereka

SEJAK KEBELAKANGAN INI, GOLONGAN REMAJA SEMAKIN MENDAPAT PERHATIAN DARIPADA SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT. MEDIA MASSA SERINGKALI MENYIARKAN PELBAGAI BERITA DAN CERITA TENTANG KENAKALAN REMAJA YANG MASIH BERSEKOLAH DAN PELBAGAI MASALAH SOSIAL YANG MELANDA MEREKA INI. TEENNET BERPENDAPAT, MENGETENGAHKAN CERITA DAN BERITA SEDEMIKIAN BUKANLAH SEMATA-MATA LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MENYELESAIKAN KEMELUT INI. APA YANG LEBIH PENTING, KITA PERLU MENGKAJI DENGAN LEBIH MENDALAM DENGAN MENGENALPASTI ISU SEBENAR, MENYENARAIKAN PUNCA-PUNCA DAN CUBA MENCARI ALTERNATIF PENYELESAIAN TERHADAP PERMASALAHAN INI.

MINGGU INI, KAMI MENYIARKAN SEBUAH KERTAS KERJA YANG DIFIKIRKAN AMAT RELEVAN DENGAN PERMASALAHAN YANG HANGAT DIPERKATAKAN MASAKINI. DIHARAPKAN IA MENJADI SUATU CETUSAN YANG DAPAT MEMBUKA MINDA PARA IBU BAPA DAN MENYEDARKAN REMAJA AGAR LEBIH BERHATI-HATI DI DALAM MENGHADAPI CABARAN HIDUP KINI.

PENDAHULUAN
Adakah benar bahawa zaman remaja merupakan zaman yang penuh dengan pergolakan emosi, hasil daripada pelbagai tekanan? Atau, adakah pergolakan ini hanya semasa remaja dan akan reda apabila sudah dewasa? Bagaimana pula dengan pendapat yang mengatakan bahawa konflik antara remaja dan orang tuanya tidak dapat dielakkan? Akhirnya, betulkah terdapat jurang perbezaan yang besar dari segi nilai antara remaja dan ibu bapanya?

Dengan membaca kertas kerja ini, adalah dijangkakan bahawa anda akan tahu tentang isu-isu masalah sosial kaum remaja, punca-punca dan bagaimana anda boleh membantu para remaja menghadapi isu-isu mereka. Tumpuan khas akan diberikan kepada punca keluarga dan bagaimana mengatasinya.

APAKAH ISU-ISU REMAJA KINI?
Antara isu-isu yang hangat diperkatakan termasuklah:-
1. Penyalahgunaan dadah
2. Melepak
3. Minum arak
4. Melakukan jenayah / kes juvana
5. Lari dari rumah
6. Mengandung tanpa bernikah
7. Melanggar disiplin sekolah
8. Membunuh diri
9. Terpengaruh dengan "budaya kuning"
10. "Anorexia Nervosa" (tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk)
CATATAN PENGARANG:
Isu lain yang perlu diberikan perhatian ialah gejala samseng (gengsterisme), membakar sekolah, ponteng sekolah, peras ugut, merokok, melayari laman web negatif dan terbabit dalam video lucah.

APAKAH KEMUNGKINAN PUNCA-PUNCANYA?
1. PENGARUH PERSEKITARAN

Ini termasuklah pengaruh iklan yang menonjolkan orang langsing, lebih-lebih lagi perempuan, sebagai rupawan dan menarik. Akibatnya, mereka yang gemuk akan merasa terpencil, hina dan sering diejek, lalu mereka mungkin mengamalkan cara menahan diri daripada makan supaya nampak langsing, juga kes yang melampau seperti "anorexia nervosa".

Pengaruh TV, video dan media lain juga mempengaruhi citarasa, gaya hidup dan perubahan nilai hidup. Ini berlaku apabila individu itu meniru model yang diminatinya sebagai contoh, di Amerika ramai remaja yang mengandung tanpa nikah kerana terpengaruh dengan artis-artis yang "single mother" ataupun digalakkan oleh penyanyi seperti Madonna yang menggalakkan mengandung tanpa takut kepada sesiapa pun. Kadangkala kita dapat lihat bagaimana cerita barat menonjolkan cinta yang selalunya berkesudahan dengan mainan asmara. Ini membuat remaja kita merasakan bahawa memang itu adat bercinta.

2. TARAF KEMISKINAN

Antara sebab mengapa remaja lebih suka lepak di luar rumah dikatakan berkait rapat dengan keadaan rumah yang sempit dan anak membesar serta semakin ramai. Lagipun anak remaja sudah mahukan "privacy" dan diri ini tidak dapat diperolehi jika rumahnya sempit dan lain-lain.

Walaupun bukan semua orang kaya itu bahagia, namun kemiskinan boleh merupakan punca tekanan lebih-lebih kepada mereka yang mempunyai nilai kebendaan dan juga untuk mereka yang mencari keperluan asas.

3. PENDIDIKAN

Terdapat banyak kajian yang mendapati bahawa ada hubungan antara pendidikan dan gejala-gejala sosial, remaja yang terlibat dalam kes juvana, menyalahgunakan dadah, agresif, diambil tindakan disiplin di sekolah, adalah mereka yang menghadapi masalah dalam pelajaran mereka. Mungkin kerana kegagalan dalam pendidikan merupakan faktor yang mendorong mereka ke arah gejala sosial.

Pendidikan agama juga merupakan faktor yang boleh mengawal remaja keranan kebanyakan yang "terdidik" dari segi agama dapat mengawal desakan untuk melakukan sesuatu yang merosakkan diri sendiri dan orang lain.

Mungkin juga kerana terlalu ramai pelajar dalam sesuatu kelas menyebabkan guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempastikan setiap pelajar berkembang dalam seluruh aspek. Aspek-aspek seperti kesihatan fizikal, emosi, mental, moral, sosial dan rohani adalah perlu untuk menjadikan pelajar itu seorang yang "sihat". Seseorang pelajar/remaja yang tidak seimbang pertumbuhannya, akan merasa tertekan dan keadaan ini boleh diubah ke dalam perlakuan yang tidak sihat.

Seperkara lagi, kebanyakan sekolah "melayan" sekumpulan pelajar/remaja dan mengenepikan kumpulan yang lain. Sebagai contoh kumpulan yang sukakan aktiviti bercorak akademik dilayan jika dibandingkan dengan pelajar yang mahu kelas main gitar atau kugiran, umpamanya. Maksudnya masih ada unsur-unsur "apa yang baik bagi guru adalah baik bagi pelajar". (mungkin ada kebenarannya tetapi jika tidak benar?)

4. FAKTOR KELUARGA

ARAK
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan arak/alkohol yang berlebihan oleh golongan remaja adalah disebabkan oleh kehidupan keluarga yang kucar-kacir, krisis dalam keluarga dan krisis ibu bapa. Pemabuk selalunya mempunyai ibu bapa yang memberikan terlalu sedikit kasih sayang dan perhatian, ibu bapa juga kurang berminat dengan anak dan jarang berhubung.

Ibu bapa dikatakan menggunakan gaya / stail mengabai atau menolak dalam penjagaan anak-anak. Ibu bapa juga merupakan model yang buruk, mungkin mereka sendiri mempunyai perlakuan yang anti sosial atau kaki botol juga.


DADAH LAIN
Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan remaja yang menagih dadah mempunyai ibu-ibu yang tidak mengikut kelaziman, bertindak mengikut gerak hati, bimbang, agak degil tidak stabil dari segi psikologikal dan menghadapi masalah dalam hubungan dengan orang lain.

Ibu mereka juga sering tidak berpuas hati dengan anak, jarang bersama anak-anak, kurang kawalan ke atas anak dan jarang menegur anak yang menggunakan tembakau dan ganja.


MASALAH JENAYAH/JUVANA
Kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor keluarga yang boleh mendorong seseorang remaja ke arah jenayah:
o hubungan kasih sayang antara anak lelaki dengan kedua ibu bapanya
o cara bapa mendisiplinkan anak lelaki itu
o pengawasan ibu ke atas anak lelaki itu
o kejelekitan dalam keluarga itu
Mereka terlibat dalam jenayah datang dari keluarga yang sering bergaduh, porak peranda, ibu bapa yang tidak mesra dan disiplin adalah tidak menentu serta longgar. Akibatnya, terdapat hubungan emosi yang lemah antara anak dan ibu bapa, oleh itu anak tidak pasti jika perlakuan baik mereka akan mendapat keizinan juga. Apabila remaja ini gagal membentuk kawalan dalam diri atau "meresapkan" nilai-nilai ibu bapa, maka mereka akan menuju ke arah jenayah.


PENDERAAN KANAK-KANAK
Ada kajian menunjukkan bahawa ibu bapa yang mendera mempunyai jangkaan/harapan yang tidak realistik terhadap anak, memikirkan bahawa anak itu boleh bertindak sebagai orang dewasa dan perbuatan salah anak dianggap sebagai sengaja membantah. Ibu bapa yang kurang keyakinan diri dan mempunyai pandangan terhadap diri yang rendah merupakan mereka yang sering mendera anak-anak.

Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa ibu bapa yang mendera pernah suatu masa dulu semasa kecil mengalami penderaan, baik dari segi fizikal atau emosional diabai. Mereka belajar menjadi agresif daripada ibu bapa mereka. Tetapi ada juga pendapat yang mengatakan bahawa tidak semestinya mereka yang didera dahulu akan mendera anaknya sekarang.

Dapatan kajian menunjukkan juga bahawa anak yang didera mendapati sukar untuk mempercayai orang dewasa, menjalin persahabatan yang tidak mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia merasakan bahawa ia tidak diterima. Di sekolah pula, mereka merupakan pelajar lemah, kesepian dan tidak mempunyai kawan.
Antara dapatan-dapatan lain ialah:
o Penderaan sering berlaku apabila ibu bapa mendapat sokongan sosial yang kurang seperti apabila pendapatan dan pendidikan rendah, apabila suasana persekitaran adalah tidak stabil, apabila ibu merupakan penjaga tunggal, juga apabila tidak adanya tempat penjagaan anak.
o Apabila ibu bapa yang "abusive" gagal menggunakan pertimbangan (reasoning) mereka, maka anak-anak tidak dapat "mersapkan" segala peraturan dan undang-undang kerana pertimbangan adalah cara terbaik untuk mengajar sesuatu. Akibatnya anak itu menjadi lebih agresif dan menentang.
o Selalunya anak lelaki menjadi mangsa deraan, mungkin kerana anak lelaki dianggap lebih tahan daripada anak perempuan bagi ibu bapa melepaskan kekecewaan mereka.
FAKTOR IBU
Keadaan bayi yang dilahirkan banyak bergantung kepada faktor ibu jika ibu:-
i. Menghidapi penyakit sifilis, gonorrhea, herpes atau AIDS : anak yang dilahirkan akan mendapat bersama penyakit itu, menjadi buta, mengalami berbagai kecacatan dan lain-lain. Ini adalah kerana penyakit-penyakit ini boleh memecah masuk ke rahim ibu ataupun menjangkiti semasa melahirkan anak.
ii. Merokok: anak mendapat bibir sumbing, lelangit rekah dan bila besar, anak menghadapi masalah untuk memberikan penumpuan. Merokok juga menyebabkan anak mendapat sokongan oksigen yang kurang dab boleh akibatkan pengguguran.
iii. Mengambil dadah: apabila anak membesar anak menjadi resah, sukar untuk duduk diam dan daya ingatannya lemah.
iv. Minum arak: anak jadi terencat akal, buah pinggang rosak, terdapat kerosakan pada tulang belakang dan mendapat kerosakan pada otak. Walaupun ibu minum sedikit-sedikit masih ada kesan seperti anak tidak dapat menumpu perhatian, masa untuk bertindak/reaksi agak lambat, boleh potong bekalan oksigen ke otak janin.
v. Selalu tertekan: perasaan/kecerdasan anak yang dilahirkan selalunya lemah di sekolah (dari segi prestasi) menunjukkan tanda-tanda psikosomatik dan memerlukan rawatan psikaitrik.
FAKTOR KELUARGA
Stail/gaya Keibubapaan Dan Cara Mendisiplinkan Anak
i. Otoritatif - mendesak tetapi responsif
cara disiplin ialah induktif dan juga guna kuasa
ii. Otoritarian - mendesak tetapi tidak responsif
cara disiplin ialah mengguna kuasa
iii. Permisif - tidak mendesak tetapi responsif
cara disiplin ialah induktif
iv. Mengabai - tidak mendesak dan tidak responsif
dan menolak sekali-sekala menggunakan kuasa
Kajian mendapati bahawa yang terbaik ialah stail Otoritatif, kerana anak yang diasuh dan didisiplin cara ini, mendapat skor yang tinggi dalam tanggungjawab sosial (seorang yang murah hati, suka menolong, peramah dan sering memberikan kerjasama), tegas diri dari segi sosial (mereka mengambil bahagian dalam interaksi sosial rasa selesa berbuat demikian dan adakalanya memimpin kelompok itu) dan mempunyai kecekapan kognitif yang tinggi (mereka yang sukakan cabaran intelek dan menghasilkan idea dan pemikiran yang asli/tulen).

Akibat didisiplin dengan cara induktif, menggunakan logik, anak itu membentuk kawalan diri dan menjaga perlakuan walaupun orang tuanya tidak ada di situ. Cara Otoritarian, permisif dan menolak serta mengabai menghasilkan anak yang rendah dari segi kecekapan kognitif. Manakala anak dari stail menolak dan mengabai mempunyai skor rendah dalam semua aspek-aspek itu.

PERCERAIAN
Apakah yang terjadi apabila berlaku perceraian? Anak-anak selalunya menjadi marah, takut, tertekan dan rasa bersalah. Akan berlakunya "hilang rutin" di mana perkara yang selalu dilakukan bersama ibu atau bapa akan hilang terus. Bagi kanak-kanak rutin inilah yang memberi rasa selamat kepada mereka. Apabila rutin sudah hilang, anak ini rasa resah gelisah. Keadaan rumah, pembahagian tugas juga menjadi kelam kabut. Turut hilang ialah segala rancangan yang telah diatur bersama ibu atau ayah, atau antara suami isteri. Selalunya duit juga semakin merosot, kadangkala terpaksa pindah selalu, akan hilang juga sahabat, jiran, keluarga dan juga rakan sekolah.

Anak hilang kestabilan emosi, menjadi terkejut dan anak juga seperti hidup dengan orang lain kerana ibu bapanya sudah berubah "mood" murung. Selalunya ibu lebih murung, marah-marah, tidak sabar, mendisiplinkan anak dengan tidak menentu dan sebagainya. Apa yang malang ialah, ibu akan menggunakan kuasa untuk mengawal, anak membantah dan tunjuk kekasarannya. Akibatnya, kekecewaan.

KEHIDUPAN TANPA BAPA
Anak lelaki lagi terasa, melibatkan prestasi sekolah menurun dan ia mengambil masa yang panjang untuk memain peranan seorang lelaki.

KEHIDUPAN TANPA IBU
Memberi kesan mendalam kepada anak perempuan. Mereka menjadi tidak suka bergaul, bergantung kepada orang lain dan lebih mendesak.


BAGAIMANA MENGATASI MASALAH-MASALAH INI?
Saya ingin mencadangkan 3 Model untuk mengesan dan menangani isu remaja ini:
1. MODEL "DAH KENA BARU BERUBAT"
Walaupun cara ini bukanlah cara terbaik, namun ianya lebih baik daripada tidak membuat apa-apa langsung. Dalam hal ini apabila kita mendapati remaja itu menagih dadah, melepak, minum arak, melakukan kesalahan jenayah/juvana, lari dari rumah, mengandung tanpa nikah, menerima hukuman disiplin di sekolah, cuba membunuh diri (kalau sudah bunuh diri, mungkin kita boleh menolong mereka yang rapat dan masih hidup), mereka yang terpengaruh dengan budaya barat, mangsa penderaan, mereka yang mengalami masalah pemakanan (kes anorexia nervosa) dan lain-lain, kita beri bantuan seperti:-
• Perkhidmatan secara langsung seperti kaunseling (sekurang-kurangnya mendengar dengan aktif);
• Membimbing melalui program-program;
• Menjadi anggota dalam sistem sokongan mereka.

2. MODEL "SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN"
Kita semua tahu bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubat, tetapi memang menjadi tabit kepada kita untuk menunggu sesuatu itu berlaku, barulah tindakan diambil. Apakah langkah pencegahan yang boleh dibuat oleh ibu bapa? Antaranya, bagi orang Islam cuba amalkan pendidikan secara Islam seperti sebelum anak dilahirkan, semasa dilahirkan, 7 hari selepas dilahir, antara 8 hari hingga 2 tahun, 2 tahun hingga 11 tahun dan selepas 11 tahun.

SEBELUM DILAHIRKAN

Pemilihan bakal isteri, pembacaan doa di majlis perkahwinan, doa semasa hubungan kelamin, doa semasa mengandung. Doa kerana kita memohon kepada Allah dari segi psikologi, ia merupakan "self-talk" yang positif. Kenduri-kendara semasa perkahwinan boleh merapatkan hubungan ahli masyarakat (elok untuk pembentukan norma masyarakat)

SEMASA LAHIR

Selepas dilahirkan, diazan, diqamat supaya perkataan yang pertama ia dengar ialah perkataan yang rasional - Allah Maha Besar (oleh itu orang lain adalah kerdil; jadi tidak perlu takut kepada orang lain, tidak perlu kecewa jika kehilangan manusia kerdil, dll). Menggosok lelangit bayi dengan makanan manis, tujuannya adalah kerana bukan semua bayi boleh menghisap dengan baik. Lagipun selalunya yang membelah mulut ini adalah tok guru/orang alim yang akan tahu bahawa adanya bakal muridnya nanti. Sekali lagi kenduri kendara boleh merapatkan jurang dalam masyarakat.

SELEPAS LAHIR (7 hari)

Disunat untuk tujuan kesihatan, diberi nama yang baik untuk tujuan komunikasi yang baik, dicukur untuk kesihatan juga, memberi sedekah kepada masyarakat untuk hubungan sosial, menyembelih haiwan sebagai akikah untuk tujuan sosial dan juga membuat anak merasa ia sangat dihargai, ada pengorbanan ibu bapa baginya (banyak belanjanya). Sekali lagi kenduri kendara akan memberikan kesan psikologi pada anak seperti ia disentuh oleh ramai orang dan juga ahli masyarakat dapat mengeratkan silaturrahim - asas untuk pembentukan norma masyarakat.

ANTARA 8 HARI HINGGA 2 TAHUN

Ibu perlu menyusu kerana banyak pembelajaran yang akan dibuat oleh anak pada umur ini. Semasa menyusu, ia berinteraksi dengan ibu, dapat memfokus dan memproses pemerhatian dengan cekap; lagipun pada umur 2 tahun otaknya sedang membesar. Kajian juga menunjukkan bahawa pada umur ini, konsep kendiri (pandangan terhadap diri) juga mula terbentuk. Dari segi psikologi antara umur 7 bulan hingga 30 bulan adalah masa pembentukan ikatan yang sebenar antara anak dengan ibunya; anak merasa yakin apabila ibu berdekatannya, walaupun di tempat yang asing atau ada orang asing di situ, ia akan tertekan jika ibu pergi dari dirinya dan akan mendapatkan ibu apabila ia kembali. Jika wujudnya ikatan sebenar, anak adalah lebih cekap dan bebas dan jika tiada mungkin memberi kesan buruk terhadap perkembangan sosialnya kelak.

ANTARA 2 TAHUN HINGGA 11 TAHUN

Pendidikan tidak formal oleh ibu bapa termasuk gaya disiplin yang induktif, gaya keibubapaan yang otoritatif serta modeling oleh ibu bapa. Kenapa ibu bapa penting dalam kehidupan anak-anak? Sebab-sebabnya adalah :
• Sebagai socializers, ibu bapa menolong anak dalam proses menerap sikap, nilai dan budaya masyarakat. Dengan memberi kasih sayang kepada anak, anak membentuk sifat kepercayaan dan dapat membentuk perhubungan emosi dengan orang lain nanti.
• Sebagai model, anak dapat menerap nilai dan standard ibu bapa.
• Sebagai agen sosialisasi ibu bapa mengajar melalui ganjaran dan hukuman, mendisiplinkan anak dan mengajar nilai-nilai murni dan agama.
• Mereka membekalkan pengalaman kepada anak dan membentuk konsep kendiri anak. Konsep kendiri ini penting dalam kehidupan nanti.

SELEPAS 11 TAHUN (11 HINGGA 20 - UMUR REMAJA)

Apabila anak sudah baligh, pemikirannya sudah boleh mengkaji perkara abstrak, perkara logik, ini bereti bahawa ibu bapa boleh berhujah dengan mereka untuk meyakinkan tentang sesuatu fakta. Ia mungkin gagal, jika anak tidak didisiplinkan secara induktif dahulu, atau hubungan tidak erat antara anak dan ibu bapa (sudah tentu ia kurang mahu mendengar kita) atau gaya asuhan yang menolak-mengabai.

Hujah-hujah logik boleh digunakan untuk menyedarkan ia tentang keburukan lepak, arak, dadah, pergaulan bebas dsbnya sebagai contoh, duduk dan tonton Beverly Hills bersama anak dan bincangkan isu-isu baik dan buruk dalam siri itu. Ibu bapa perlu memahami tentang pemikiran, perasaan dan perlakuan anak muda pada umur ini melalui kursus ataupun pembacaan; kita semua sibuk tetapi ITU ANAK KITA, jangan dah kena baru berubat.

3. MODEL "BERGERAK SAJA, CEKUP"
Model pertama kita membuat pemulihan, model kedua berbentuk pencegahan dan model ketiga adalah antara kedua model awal itu. Maksudnya apabila pelajar atau anak kita menghadapi masalah pelajaran kita mesti masuk campur cepat-cepat atau berlaku penceraian atau ia ditinggalkan oleh ibu bapa (mungkin meninggal) cepat-cepat kita memberi perhatian atau ia mangsa penderaan, pergaulan dengan kawan yang liar, mula mencuri wang, membohong, kelihatan murung, mula abaikan diri, merokok, menyalahguna masa dan lain-lain.

Yang penting kita semua bekerja sebagai satu pasukan mengembalikan norma masyarakat, di mana kita menjaga tepi kain anak jiran kita dengan memberi perhatian kepada apa yang berlaku, - ingat, bergerak sahaja, cekup.

KESIMPULAN
Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa dan keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan pemikiran, perasaan dan perlakuan remaja. Mereka berperanan sama ada membentuk remaja yang cemerlang atau remaja yang gagal. Walaupun remaja mempunya otaknya sendiri untuk memikirkan yang baik dan buruk, namun pengaruh layanan awal boleh menolong dengan berkesan, insya-Allah.

Wednesday, July 29, 2009

PROGRAM PELAJAR BERKEBOLEHAN SESI PETANG SMKBBS


















































































































































































Program pelajar berkebolehan SMK BBS telah dirancang dan dijalankan oleh UBK BBS dengan kerjasama lembaga disiplin mulai 20 hb Julai 2009 hingga 31 hb Julai 2009 di tapak sekolah. Pelajar seramai 51 orang yang dikenal pasti dipilih untuk menyertai pogram ini. Pelbagai aktiviti yang berkesan telah diberikan untuk memberi kesedaran kepada pelajar supaya menjadi insan yang berguna. Penceramah dari Pihak Polis, IPTS, Penggerak masyarakat, Biro Tatanegara, NGO, panitia agama Islam hadir dan memberi ceramah untuk membina semangat di kalangan pelajar tersebut.

Sunday, July 19, 2009

Perkhidmatan Yang Ditawarkan Oleh
Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMK Bandar Baru Sentul

Jenis Kaunseling Individu

* Peribadi
* Akademik
* Keluarga
* Kerjaya
* Kesihatan
* Dadah

Jenis Kaunseling Kelompok

* Kelompok Kaunseling
* Kelompok Bimbingan
* Kelompok Dinamik
* Kelompok Kepimpinan

AKADEMIK

1) Penerangan mengenai pensijilan terbuka
2) Kemahiran belajar :-
* Membaca * Mancatat * Mengambil nota
* Mendengar * Mengingat * Mengulangkaji * Kemahiran berfikir
3) Kemahiran pengurusan masa
4) Kemahiran pengurusan diri
5) Strategi Menghadapi Peperiksaan
6) Pengumpulan / penyampaian maklumat hala tuju lepasan pelajar
SPM dan STPM berhubung dengan peluang melanjutkan
pelajaran di IPT dan pembiayaan pendidikan


KERJAYA

1) Pendidikan Kerjaya
2) Mengenal personaliti , minat dan nilai berhubung
dengan pemilihan kerjaya
3) Penyampaian maklumat pakej pensijilan terbuka berkaitan
dengan matapelajaran elektif di sekolah menengah ,
kursus - kursus dan kerjaya lepasan SPM
4) Institusi / agensi yang menyediakan kursus / latihan kemahiran
lepasan SPM
5) Maklumat kerjaya

PSIKOSOSIAL & KESEJAHTERAAN MENTAL

1 ) Ujian / Inventori / Senarai Semak berkaitan dengan Psikososial
2 ) Merujuk Kad Maklumat Diri
3 ) Kemahiran Berkomunikasi
4 ) Kemahiran Asertif / Tegas Diri
5 ) Penyaringan maklumat
6 ) Pengurusan Tekanan
7 ) Kemahiran Rohani
8 ) Kemahiran Membuat Keputusan
9 ) Kemahiran Pengawalan Diri
10)Kemahiran Aplikasi
11)Kemahiran Sintesis
12)Kemahiran Analisis Kritikal
13)Pengekalan penghargaan diri / self esteem
14)Perkembangan keremajaan
15)Konsep Kendiri
16)Pengendalian Kendiri
17)Program Orientasi
18)Program Lepasan PMR


KEIBUBAPAAN

1) Komunikasi
2) Perkembangan Individu
3) Isu - isu kekeluargaan * Kepimpinan * Perkembangan remaja masa kini dan
masa akan datang . * Kerukunan dan kesejahteraan keluarga
4) Kemahiran keibubapaan .

PERKEMBANGAN DIRI PELAJAR

1) Kemahiran Komunikasi
2) Kemahiran penyelesaian masalah
3) Kepimpinan
4) Kemahiran tegas diri
5) Pembimbing Rakan Sebaya
6) Kemahiran sosial
7) Kemahiran pemilihan aktiviti keutamaan
8) Kelab

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

1) Komunikasi
2) Perkembangan individu
3) Pendidikan kekeluargaan
4) Kemahiran asertif / tegas diri
5) Kemahiran sosial
6) Sikap benci kepada dadah dan inhalan
7) Pendidikan pencegahan
8) Maklumat tentang akibat buruk , sebab dan punca

PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV / AIDS

1) Komunikasi
2) Perkembangan individu
3) Pendidikan kekeluargaan
4) Kemahiran asertif / tegas diri
5) Kaunseling kekeluargaan
6) Kemahiran sosial
7) Pendidikan perkembangan seksual
8) Pendidikan pencegahan
9) Maklumat tentang sebab , punca dan akibat

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1 ) Sistem fail
2 ) Borang - borang
3 ) Laporan aktiviti
4 ) Buku stok
5 ) Inventori / soal selidik
6 ) Minit mesyuarat
7 ) Penyata kewangan
8 ) Rekod lawatan ke rumah
9 ) Rekod perkhidmatan luar
10)Rekod konsultasi ibu bapa
11)Rekod kelas ganti
12)Rekod kaunseling individu
13)Rekod kaunseling kelompok
14)Rekod kemasukan
15)Perancangan tahunan
16)Laporan tahunan
17)Rekod sesi kaunseling individu / kelompok

Wednesday, July 8, 2009

Rahsia Bulan dan Kelahiran

Rahsia Bulan dan Kelahiran



Januari - Februari - Mac - April - Mei - Jun - Julai - Ogos - September - Oktober - November - Disember

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja


OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

HARI INFORMASI KERJAYA PERINGKAT SEKOLAH


Pelajar sedang mendapatkan maklumat dari IPTS

Pn.Hjh. Faridah bt Salleh, Pengetua SMKBBS sedang memberi sijil penghargaan.

Pn.Pengetua bersama dengan pelajar


Pegawai IPTS sedang mengedarkan risalah



Pelajar sedang mendengar ceramah



Pelajar berkongsi maklumat dengan pegawai IPTS


Ahli PRS di kaunter UBK


Demonstrasi masakan turut diadakan pada hari tersebut.

Meskipun penat, ahli PRS bertugas masih memberikan senyuman.

UBK SMKBBS telah berjaya mengadakan Hari Informasi Kerjaya peringkat sekolah pada 2hb. Julai 2009 di Dataran Zaaba. Hampir 15 buah IPTS dan IPTA telah hadir dan memberi kerjasama membuka booth/ kaunter masing-masing untuk memberikan informasi kepada pelajar-pelajar tingkatan 4, 5 dan 6. Guru-guru , bekas pelajar dan ibubapa juga turut hadir untuk mendapatkan informasi yang bermanafaat. PRS sekolah bersama guru-guru kaunselor berganding bahu untuk menjayakan program tersebut. Pengetua sekolah Pn. Hajah Faridah bt Salleh turut sama turun padang dan memberi cenderahati serta sijil kepada semua IPTA/IPTS yang mengambil bahagian. Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat.

Monday, July 6, 2009

KURSUS PENINGKATAN MINDA

TENTATIF PROGRAM KURSUS PENINGKATAN MINDA
SMK BANDAR BARU SENTUL
Tarikh : 25 Julai 2009 (Sabtu)

8.00 pg – 8.30 pg - PENDAFTARAN & TAKLIMAT

8.30 pg – 10.30 pg - INTRO TO MULTIMEDIA ELEMENT

10.30 pg – 10.45 pg - SARAPAN PAGI

10.45 pg – 12.45 thr - MANAGEMENT SKILLS

12.45 thr – 1.45 thr - MAKAN TENGAH HARI

2.00 ptg – 4.30 ptg - MOTIVASI BERSAMA DR. FAIZ

Seramai 100 orang pelajar terpilih akan menyertai kursus ini yang terdiri daripada ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas Pusat Sumber (PSS), Koperasi SMKBBS Berhad, Skuad Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan AJK Makmal Cyber. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pn. Norhafiza bt. Mohd Zahir (Kaunselor).

SENARAI PESERTA BESERTA BAYARAN PERLU DISERAH KEPADA PN NORHAFIZA (KAUNSELOR) PADA / SEBELUM 17 JULAI 2009 (JUMAAT).