Thursday, August 13, 2009

What's your Worth?

There are certain employees who are worth their weight in gold, and there are others who should be thrown to the curbside. Which are you, you ask? The more cherished employee, of course, reflects a higher value to the employer. The latter of the two shows up for work, completes the job, and no more.
As a career coach, resume writer, and interview specialist, I deal with the common question, 'How can I make more money,' on a daily basis. The real question should be 'How can I reflect value.' Becoming a valuable employee takes time, dedication, and a strong will to succeed...not to mention, a plan. Stepping up to plate will cause other employees to feel like you're up to something. A valuable employee stands out from the pack, regardless of what coworkers feel about them. They have a goal in mind, and they don't let outside influences hinder their plan.
Standing out from the pack requires a strong and obtainable plan. If seeking a higher salary is your initial plan, you must succeed and exceed your boss' expectations. Doing this is much easier than one might think. Taking on additional responsibilities is a sure way to get any manager's attention. By crossing over into other positions, department, and responsibilities, the employee automatically becomes a more valuable player. This added experience can allow you to overflow into another area due to knowledge. Knowledge and know how are worth extra income. An employee can easily negotiate a higher salary once they have proven their worth to the company's management team.
Asking for a raise requires an updated resume, designed specifically for internal purposes. This resume should highlight all skills and qualifications one currently possesses from in-house experience, including additional classes or industry-related organization participation completed outside of normal business hours. By logging this information accordingly within the document, superiors will see the added value brought to their business.
Some businesses do not pay their employees what they are worth. This is no hidden secret. If your company refuses a pay increase, there are always other companies willing to pay for experience and expertise. The trick is to become good at what you do, and this will ensure you are a hot commodity.
Below is an overview of what you can do to ensure career advancement:
Continue education. This one seems like a "no brainer", but with the hectic schedules some workers maintain, it's a surprise they find time for anything non-work or home-life related. Online universities are making it extremely easy to continue one's education...utilize these resources!
Take on added responsibilities. As mentioned above, taking on added responsibilities can solidify your career goals, not to mention, increase your knowledge of your industry.
Join industry-related organizations. Like education, joining industry-related organizations can also increase your field knowledge. These organizations will also provide a networking forum for new career opportunities. Business executives, consultants, and owners make-up a large portion of groups' board of directors, advisory committees, marketing teams, and public relations personnel. These types of contacts can become invaluable to a jobseeker.
Perform your own public relations and marketing campaigns. Public relations and marketing campaigns work in correlation with organizations, the resume, and continued education. Adding to one's experience, networking pool, and beefing up the marketing documents that represent themselves can prove to be crucial marketing and PR steps to increase chances of landing a better job or a higher paying salary.
Maintain a career journal. Everyone should maintain a career journal. This journal should be a complete log of career advancements, achievements, bonuses, and short and long-term goals. When I consult a resume client, I'm often surprised at how little they remember about their career or company-related achievements. Achievements are documented abilities provided to an employer. These abilities are, in essence, 'proof' that you are worth your weight in gold.
There is no hidden secret to becoming a valuable employee. The steps listed above are common sense. Becoming an asset to your employer is something that takes time and dedication. If you are willing to expend the effort, you are destined to become a worthy and valued employee.
By Teena Rose, Résumé to Referral, URL: http://www.resumebycprw.com
Résumé to Referral not only associates with the industry's top career-networking groups - Career Masters Institute, Professional Association of Résumé Writers, and Professional Résumé Writers and Research Association - but has also contributed articles to various career-related sites.
Select résumés have been published and featured within print publications and are being used to set industry standards. Teena Rose is a certified résumé writer and will soon add an employment interview and career master certification - noted as the MOST prestigious career certification, possessed by only a select few - to her list of credentials.

Ubah Penampilan Diri

Ubah Penampilan Diri

Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Ambil contoh yang paling mudah, anda telah dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan. Anda mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar kasual. Sampainya sahaja anda di sana, anda lihat hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda? Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak bagaimana perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih bersemangat dan yakin.
Kemas, bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai pakaian dan aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia bukannya suatu kemestian. Jangan pula seperti kata pepatah 'biar papa asal bergaya'. Anda perlu ingat bahawa pelaburan yang telah anda buat dalam membentuk penampilan diri atau imej yang positif mestilah membawa pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan anda. Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan anda lebih positif dan produktif. Sebab itu ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif.
Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:

1. Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.

2. Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta 'matching'.

3. Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.

4. Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.

5. Kasut - Kasut yang sesuai denga tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.

6. Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.

7. Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.

8. Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.

9. Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.

10. Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.

Tuntutan penampilan diri ini berbeza-beza mengikut kedudukan anda dalam masyarakat dan karier yang anda ceburi. Walau pun begitu anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri anda. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu pekerjaan perlu melalui proses temuduga. Mereka mahu melihat calun-calun secara terus bukan sekadar untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga untuk melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang.
Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan sebagainya.

TIPS MENGULANGKAJI MENJELANG PEPERIKSAAN

TIPS MENGULANGKAJI MENJELANG PEPERIKSAAN
(Sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum peperiksaan)

LANGKAH A - ANALISIS TOPIK

1. Senaraikan semua topik yang telah dipelajari
2. Senaraikan semua topik sepertimana yang terdapat dalam sukatan pelajaran (anda boleh dapati topik-topik dari buku teks atau sukatan pelajaran yang boleh didapati dari guru atau membelinya di kedai buku.
3. Buatkan perbandingan dan kenalpasti mana-mana topik yang belum dipelajari atau belum difahami.

LANGKAH B - MENCARI MAKLUMAT

1. Topik-topik yang belum difahami sila cari maklumat sama ada dari guru atau membuat nota sendiri atau berbincang dengan rakan-rakan.
2. Pastikan setiap topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran itu difahami walaupun ianya dianggap tidak penting.
3. Nota-nota boleh dibuat dalam bentuk peta minda atau lain-lain cara yang mudah diingati. Rujukan untuk membuat nota harus dibuat berdasarkan buku teks yang disahkan oleh Kementerian Pendidikan untuk mempastikan isi-isinya tepat. Untuk maklumat pelajar isi-isi pada soalan-soalan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan adalah dirujuk pada buku teks yang rasmi yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan.

LANGKAH C - MENGULANGKAJI

1. Setiap hari buat latihan sama ada menggunakan buku teks atau buku kerja terutama bagi mata pelajaran maths dan sains.
2. Bagi pelajaran yang berbentuk esei sama ada karangan atau lain-lain mata pelajaran, pilih soalan dari kertas peperiksaan tahun-tahun lepas atau soalan-soalan dari buku teks dan buku kerja dan kemudian carai dan catatkan isi-isinya dalam kertas latihan.
3. Pelajar harus menyediakan satu fail untuk mengumpul segala latihan yang dibuat. Latihan-latihan tersebut adalah merupakan nota bagi anda.

Kenapa bosan ketika belajar?

PERASAAN bosan serta tidak bersemangat untuk belajar adalah antara 'penyakit' yang sering menyerang pelajar dalam menghadapi pelajaran terutamanya dalam persiapan menghadapi peperiksaan.
Perasaan bosan ini boleh meninggalkan kesan yang amat buruk kepada diri pelajar, malah ia akan menjejaskan pembentukan tabiat dan peribadi yang mulia seseorang individu.

Tulisan ini akan memfokuskan apakah faktor yang menyebabkan seseorang individu itu menjadi bosan ketika belajar. Faktor ini boleh dikategorikan kepada faktor fizikal, faktor persekitaran dan faktor mental.
Faktor fizikal lebih dirujuk kepada persiapan dan amalan diri secara luaran. Ianya termasuklah keadaan kesihatan seseorang pelajar iaitu ianya boleh menjejas keceriaan dan keseronokan belajar.

Keadaan kesihatan ini juga boleh dikaitkan dengan amalan pemakanan. Pemakanan yang tidak seimbang serta kurangnya zat-zat tertentu boleh menyebabkan pelajar kurang bertenaga serta selalu mengalami keletihan.
Mengantuk merupakan satu lagi gejala yang amat teruk dihadapi oleh para pelajar. Tidur lewat adalah punca gejala ini. Fenomena ini kerap kali berlaku pada pelajar-pelajar yang hendak menghadapi peperiksaan terutamanya terhadap pelajar yang tinggal di asrama sekolah.

Keadaan bilik darjah ataupun rumah adalah merupakan faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi kebosanan pelajar dalam menghadapi peperiksaan terutamanya pada pelajar yang tinggal di asrama sekolah.
Keadaan bilik darjah ataupun rumah adalah merupakan faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi kebosanan pelajar dalam menghadapi pelajaran.
Bilik darjah yang terlalu ramai, panas dan bising boleh menganggu penumpuan proses pembelajaran. Tambahan pula sekiranya seseorang guru gagal mengawal bilik darjah serta kurang mengatur strategi pengajaran yang menarik boleh memburuk lagi keadaan.

Faktor mental adalah faktor yang melibatkan persepsi atau tanggapan seseorang pelajar terhadap pelajaran. Jika seseorang pelajar menganggap sesuatu mata pelajaran itu susah maka berkemungkinan besar usaha untuk membaiki atau mencari jalan penyelesaian akan terbantut.
Kerap kali tanggapan tentang sukarnya mempelajari sesuatu mata pelajaran adalah berpunca daripada kurangnya penumpuan di dalam kelas, tidak memahami atau terkeliru dengan konsep yang sebenarnya tidak bertanya untuk mendapat penjelasan serta kurang membuat latihan.
Amalan ini akhirnya menjerumuskan para pelajar ke dalam keadaan bingung, keliru, kabur dan hilang pedoman. Akhirnya rasa bosan dan benci untuk belajar akan menyerang jiwa para pelajar.
Sesungguhnya pelajar cemerlang bukanlah pelajar yang pandai dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang mempunyai gaya hidup yang sihat iaitu berkemampuan mengurus sistem pembelajarannya secara lebih berstruktur, sistematik serta berfokus.

Langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil agar gejala kebosanan dalam menghadapi pelajaran ini dapat dikikis di bangku sekolah lagi sebelum mereka terbawa-bawa apabila mereka berada di pusat pengajian tinggi nanti.

BAGAIMANA MEMPERTINGKATKAN KEBERKESANAN BELAJAR

1. Kita boleh mempelajari, mempertingkatkan, mengemaskini, menguasai dan
mengamalkan pelbagai kemahiran asas seperti:

Pemerhatian
Disiplin diri
Manipulatif
Kesedaran
Penyertaan
Ketepatan masa
Ketabahan
Amanah
Keyakinan diri
Kepentingan diri
Kegigihan
Penghargaan

2. Kita perlu tingkatkan konsep kendiri bagi mendapat kepastian tentang:

Siapa kita
Ke mana arah tuju
Bagaimana kita lakukan
Mengapa
Matlamat
Minat
Imej
Keperluan diri
Kekuatan diri

3. Kita perlu mengukuhkan pertahanan diri dari aspek:

Kesihatan
Keselamatan
Emosi
Keselesaan

4. Kita harus mengamalkan pembelajaran koperatif untuk mencapai kecemerlangan bersama kerana kita berpeluang untuk:

Memastikan keberkesanan nota sebagai bahan yang telah pun difahami
Mengukuhkan keberkesanan pembelajanan secara kerjasama
Memberi rangsangan, dorongan dan galakan rakan sebaya
Menggunakan kekuatan rakan sebaya untuk memperbaiki kelemahan diri
Mengamalkan pengajaran, bimbingan dan bantuan rakan sebaya
Berkongsi nota, pengalaman, kemahiran dan ilmu pengetahuan
Berpeluang memperbaiki kelemahan diri sebagai hasil kerjasama rakan sebaya
Memperkayakan sumber rujukan.

5. Setiap orang boleh belajar dengan syarat:

Tidak mengalami kecacatan otak
Mengambil keputusan untuk belajar bersungguh-sungguh
Bersedia menghadapi dan mengatasi sebanang cabanan, dugaan, nintangan, halangan dan masalah
Sanggup berusaha sehingga mencapai kecemerlangan diri.

Sunday, August 9, 2009

Kursus Peningkatan Minda

Kursus Peningkatan Minda pada awalnya dirancang untuk Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMK Bandar Baru Sentul. Namun program kolaborasi dengan pihak Kolej Unity Antarabangsa ini memerlukan penyertaan seramai 100 orang. Oleh itu, program ini telah dibuka kepada unit-unit lain di SMK Bandar Baru Sentul. Penyertaan telah ditawarkan kepada Pusat Sumber Sekolah (PSS), ahli Koperasi SMKBBS Berhad, ahli Skuad Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan AJK Makmal Siber SMKBBS.

Program ini telah dijalankan pada hari Sabtu, 25 Julai 2009. Seawal 7.00 pagi lagi pelajar telah berada di kantin sekolah. Dua buah bas telah membawa pelajar dari SMKBBS ke Kolej Unity Antarabangsa yang terletak di Petaling Jaya. Program bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang terlibat tentang kolej ini dan memberi peluang pelajar berada di suasana pembelajaran sebenar di IPTS. Pihak Unit Bimbingan Kaunseling telah memilih untuk mengikuti program ceramah bertajuk “Management Skills” dan sesi bengkel bertajuk “Intro To Multimedia Element”.

Antara objektif kursus ini diadakan ialah untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk mencari dan mengumpul maklumat melalui pembelajaran di luar bilik darjah. Ianya juga dapat memberi pendedahan peluang menyambung pelajaran ke IPTS selepas sekolah agar mereka bersedia, memahami prosedur dan keperluan IPTS. Selain itu, program ini dapat memberikan pendedahan tentang teknologi maklumat dengan kemudahan makmal komputer serba lengkap dan canggih di Kolej Unity International.

Seramai 100 orang pelajar telah terpilih pada mulanya untuk menyertai kursus ini yang terdiri daripada 50 orang ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), 22 orang ahli Pengawas Pusat Sumber (PSS), 10 orang ahli Koperasi SMKBBS Berhad, 12 orang ahli Skuad Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan 6 orang AJK Makmal Cyber. Namun pada hari sebenar hanya 89 orang sahaja yang dapat menyertai kursus ini hingga ke akhirnya. Seramai 5 orang guru pengiring bersama-sama pelajar dan kami dibawa untuk mengunjungi bangunan baru Kolej Unity Antarabangsa yang terletak berhampiran dengan stesyen LRT Asia Jaya.

Tentatif program yang disediakan oleh pihak kolej pada awalnya akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang terlibat berjumpa dengan Dr. Kapten Faez Nordin. Namun begitu, kami diberitahu yang beliau terlibat dengan program lain dan slot motivasi beliau digantikan oleh Tuan Haji Zainol Hassan dengan tajuk “Mencungkil Potensi Diri”.

Pengisisan yang menarik minat pelajar adalah sesi pembelajaran berbantukan komputer. Pada hari itu, pelajar berpeluang menggunakan sebuah komputer untuk Program FLASH. Dua buah lab digunakan. Lab C dikendalikan oleh Mr Joseph Ng dan Mr Ilangovan. Sementara Lab D dibawah seliaan Ms Noorliza dan Ms Thiba. Semga ilmu yang diperolehi akan dimanafaatkan oleh pelajar yang terlibat.


Program yang dirancangkan ini mendapat sokongan daripada semua pihak terutamanya daripada Pn Hjh Faridah, pengetua SMKBBS sendiri. Selain itu, ianya julung-julung kali diadakan melibatkan agensi luar dan ianya dapat memberi manfaat kepada pelajar. Semoga mereka akan mencapai kejayaan yang cemerlang dan bermotivasi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati.


Program sebegini akan dirancang untuk tahun 2009 kepada pelajar-pelajar terutamanya ahli PRS ke arah peningkatan pengetahuan dalam bidang komputer, bahasa dan kepimpinan.


Disediakan oleh,

PN. NORHAFIZA BINTI MOHD ZAHIR
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
SMK Bandar Baru Sentul
Kuala Lumpur

Wednesday, August 5, 2009

PENTAFSIRAN PROFIL IPW

PERSONALITI EMAS

Bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktikal, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional, konservatif, hidup bersistem dan berperaturan dan menaruh perhatian. Kata kunci utama ialah Peraturan dan saya Bertanggungjawab.

CIRI-CIRI DIRI

Saya perlu mengikut peraturan & menghormati pihak berkuasa.
Saya bertanggungjawab.
Saya taat, boleh diharap & sentiasa bersedia.
Saya tahu apa yang baik & buruk dalam kehidupan.
Saya seorang peneliti & bersifat wajar.
Saya menghormati masa.
Mahu dianggap sebagai seorang yang berguna.
Selain setia, saya juga stabil, ada peraturan & sistematik.
Saya menghargai hidup berkeluarga, tradisi & rumahtangga.
Salalu mengambil tahu tentang sesuatu.
Member perhatian, bersifat kongkrit.
Bersifat keibubapaan.
Secara semulajadi saya suka mengekalkan atau memelihara sesuatu adat resam.
Saya adalah seorang yang suka menolong.

CIRI-CIRI DITEMPAT KERJA

Saya menjaga kestabilan & menyusun atur mengorganisasikan tempat kerja.
Berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang perlu perincian.
Sanggup bekerja keras membuatkan saya selalu dianggap sebagai tulang belakang organisasi.
Saya percaya bahawa kita mesti bekerja dahulu barulah bermain, walaupun terpaksa bekerja lebih masa untuk menyelesaikan kerja itu.
Kerja mengikut peraturan, bekerjasama & mengikut kebiasaan.


PERSONALITI HIJAU

Cenderung & cekap dalam pelbagai lapangan, cenderung mereka cipta, cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin mengetahui, memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak & mahir, panjang akal, kompleks, tenang & sabar, berfalsafah, berprinsip, & berasaskan logic. Kata kunci utama ialah Mempunyai Perasaan Ingin Tahu yang tinggi.

CIRI-CIRI DIRI
Saya cenderung & cekap dalam pelbagai lapangan.
Saya cenderung untuk merekacipta sesuatu yang baru.
Cekap & berkebolehan menjalankan tugas dengan sempurna.
Bersifat ingin mengetahui, berminat tentang konsep, gagasan, tanggapan & idea.
Mempunyai pengetahuan yang luas berdasarkan teori, inventif, bijak, mahir & panjang akal.
Mempunyai sikap yang tenang & sabar, berperinsip & jujur.
Mempunyai falsafah & memerlukan penjelasan dan jawapan.
Saya mempunyai cirri-ciri analitikal, investigative dan hipotetikal.

CIRI-CIRI DI TEMPAT KERJA

Saya seorang pemikir konsep yang bebas.
Bagi saya kerja itu adalah suatu permainan.
Sering menghadapi cabaran rugas dengan tenang.
Suka merekacipta model, meneroka idea atau membina system bagi memenuhi keinginan untuk menonjolkan pembaharuan.
Apabila saya telah menyempurnakan sesuatu idea, saya suka beralih ke projek lain & membiarkan orang lain menjaga & mengendali projek yang sama.



PERSONALITI BIRU

Bersifat tulen, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan mengalami perasaan & fikiran orang lain, penyayang & setia, mesra, berseni, orang yang member inspirasi, riang, gembira, penuh kasih saying, bersemangat & mempunyai perasaan simpati. Kata kunci utama ialah Romantis serta sukakan keharmonian.

CIRI-CIRI DIRI

Saya mahu merasa unik & seorang yang tulen
Saya seorang yang mudah bersimpati, berperibadi & selalu mencari makna dalam kehidupan.
Saya inginkan perhubungan yang mesra & mengasihani.
Ada kebolehan untuk menyelami perasaan & pemikiran orang lain.
Bersedia & sanggup member penjelasan untuk memberikan penerangan.
Mesra, taat, menyayangi & baik hati.
Mudah terasa & lemah lembut.
Saya suka berkarya & member ilham.
Saya romantic, bersemangat, gembira & imaginative.
Saya seorang yang puitis.
Saya seorang yang suka membelai & membantu orang lain.
Saya seorang individu romantic yang semulajadi.

CIRI-CIRI DI TEMPAT KERJA

Saya mempunyai dorongan yang kuat untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka menikmati hidup yang lebih bermakna.
Selalunya saya bekerja dalam bidang seni, berkomunikasi, pendidikan, & profesion menolong orang lain.
Saya mehir dalam member motivasi & berinteraksi dengan orang lain.



PERSONALITI JINGGA

Saya seorang yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, rialistik, tidak dipengaruhi oleh sentiment, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokkan, berani, tabah, bertindak atas desakan fikiran, suka keseronokan, gurau senda, tabah, tidak takut & berkemahiran. Kata kunci utama ialah Suka mengembara atau Adventurous.

CIRI-CIRI DIRI

Bertindak secara spontan, suka berjenaka, pandai & menawan.
Menganggap hidup sebagai suatu permainan.
Cergas, giat & pandai menggunakan kesempatan yang ada.
Sukakan keseronokan dan sesuatu yang memberangsangkan.
Sukakan aktiviti yang bercorak persaingan.
Tabah menghadapi sesuatu & tidak gentar.
Kadangkala mengambil tindakan yang tergopoh-gapah, tetapi bersemangat dan boleh menimbulkan kesan yang mendalam.
Seorang yang realistic, tidak dipengaruhi sentiment & berfikiran terbuka.
Gemar kepada pengalaman yang luar biasa iaitu berbahaya tetapi menyeronokkan.

CIRI-CIRI DI TEMPAT KERJA

Sering bosan & gelisah jika dapat kerja yang berstruktur, rigid & mengikut rutin.
Berpuashati dalam kerja yang memberikan kebebasan, dapat menggunakan koordinasi fizikal & alatan.







UJIAN MINAT EKRJAYA (SDS)

REALISTIK

Individu yang mempunyai kemahiran atletik atau mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan & binatang. Lebih suka bekerja diluar bangunan daripada di dalam bangunan.

INVESTIGATIF

Individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai & menyelesikan masalah melalui penyelidikan. Individu ini juga mempunyai kemahiran saintifik & matematik serta meminati kerjaya-kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercork taknikal.


ARTISTIK

Individu yang mempunyai kebolehan artistic & inovatif. Mempunyai kebolehan intuisi & suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Mereka juga tidak selesa dengan kerja yang berstruktur tinggi, rutin atau berulang-ulang. Dalam kebanyakan hal mereka menggunakan imaginasi & kreativiti.



SOSIAL

Individu yang suka bekerja & berinteraksi dengan manusia. Mereka berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembangkan, mengubati serta membuat kebajikan pada orang lain. Mahir menggunakan kata-kata dan berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat utama untuk membuat kebajikan.


ENTERPRISING

Individu yang suka bekerja & berinteraksi dengan manusia. Mmpunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, & mengurus orang lain. Mereka juga pandai memanipulasi orang lain. Matlamat akhir mereka untuk mencapai keuntungan organisasi & keuntungan ekonomi.


CONVENTIONAL

Individu yang suka bekerja dengan data & nombor. Mereka mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan & kemahiran dalam menggunakan nombor. Mereka selalunya melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.

Hilangkan Kesedihan, Nikmati Kebahagiaan

Memang seronok apabila hidup ini didampingi oelh sahabat sejati. Si sahabat bagaikan saudara kandung anda sendiri! Perkenalan sejak di sekolah rendah mampu bertahan sehingga ke hari ini semestinya membawa keakraban yang luar biasa. Kemesraan yang terjalin itu pastinya membuahkan rasa bahagia. Lebih-lebih lagi segalanya boleh dikongsi bersama.

Harus diakui bahawa persahabatan ialah sebahagian daripada agenda terpenting dalam hidup kita. Sahabat ialah individu yang boleh diajak berbicara di kala kita mempunyai masalah dengan teman-teman, masalah di sekolah mahupun masalah di rumah sendiri. Sahabat juga membantu kita melalui waktu-waktu sukar dengan menawarkan kita nasihat, dorongan, dan juga kekuatan ketika kita dirundung kesedihan.

Untuk mendapatkan sebuah ikatan persahabatan yang akrab, kedua-dua pihak haruslah memainkan peranan yang sama penting. Ad kalanya hanya disebabkan aktiviti yang terlalu padat, kita lupa sebuah persahabatan memerlukan perhatian. Berikut diberikan beberapa tip yang boleh anda jadikan panduan untuk membantu sahabat anda yang sedang dirundung kesusahan.

BERIKAN SOKONGAN

Ketika sahabat anda sedang dilanda masalah, jangan terus mencari kesalahannya. Sahabat benar-benar mengharapkan sokongan serta pertolongan daripada anda. Ungkaplah kata-kata “ Semuanya pasti akan pulih seperti sediakala. Jangan bimbang saya akan cuba membantu kamu setakat yang termampu”. Ringkas tapi inilah yang akan membuatkan sahabatmu merasakan seperti memiliki harapan dan semangat walaupun ia lahir hanya daripada sebuah ucapan.

HIBURKAN HATINYA

10 SEBAB ANDA SUKA BERSAHABAT

10 SEBAB ANDA SUKA BERSAHABAT
1. Pelbagai perkara boleh dikongsi bersama. Ada kalanya luahan masalah, walaupun telah berulang kali tetapi tetap boleh dicurahkan kepada sahabat anda itu. Sahabat akan tetap mendengarnya dengan sabar.

2. Sahabat sedia menjadi teman bicara yang setia biarpun telinganya dah naik panas disebabkan berjam-jam lamanya berbual-bual di telefon.

3. Mulutnya terkunci rapat biarpun banyak rahsia anda yang telah diketahuinya. Banyak rahsia yang boleh dikongsi bersama tanpa sebarang rasa sangsi.

4. Katakan sahaja apa-apa jua hasrat hati anda, pasti si sahabat akan menyokong dan sedia menghulurkan bantuan dalam apa-apa jua bentuk demi kebahagiaann anda.

5. Anda baru sahaja ditipu oleh teman lelaki anda. Sahabat bergegas datang menemui anda biarpun tidak sampai 15 minit yang lalu anda menghubunginya. Sahabat ternyata sanggup bersusah payah demi anda!

6. Anda dan sahabat suka duduk-duduk santai di kafe berjam-jam lamanya sambil berbual mengenai perkara remeh dan bergosip.

7. Sahabat memeluk anda ketika anda bersedih, tanpa anda perlu banyak berkata-kata.

8. Dialah individu yang berani mengkritik anda tetapi kritikan itu memang membina khususnya yang berkaitan dengan penampilan anda.

9. Rela mendengar bebelan anda biarpun tidak kena mengena dengan dirinya.

10. Akhir sekali anda rasa selesa dan bahagia apabila sahabat berada di sisi.

Apabila sahabat anda memnuhi kesemua ciri-ciri tersebut, selamat berbahagialah anda! Anda memang beruntung. Sahabat macam dia memang sukar ditemui. Semoga persahabatan anda kekal selama-lamanya.
-Petikan daripada FOKUS SPM , Julai 2009-
Namun… adakah anda begitu jua apabila sahabat anda memerlukan anda? Fikir-fikirkanlah……..WSHWZ


ANDA DAN KLIK – Siapa Kuasai Siapa?
Ramai remaja gemar berkawan dalam satu kumpulan yang agak besar dalam lingkungan empat atau lima orang. Kumpulan ini lebih dikenali sebagai klik. Selalunya pelajar sekolah gemar memasang klik - kawan baiklah katakan, paling kamceng. Klik ini biasanya kalau tak cukup seorang rasa seperti tidak lengkap. Betul tak? Selain boleh buat kumpulan belajar, boleh juga keluar bersama-sama, boleh berkongsi cerita, gelak ketawa dan sentiasa menceriakan suasana. Kalau anda hendak menguji sama ada anda kawan sejati atau tidak, cubalah kuiz di bawah ini.

1. Masa di kelas sudah tamat. Perkara pertama yang anda lakukan ialah
a. Mengajak klik anda menghabiskan kerja yang belum disiapkan lagi, maklum saja esok cikgu hendak periksa.
b. Kumpulkan klik anda dan merancang aktiviti yang akan dilakukan
c. Terus keluar kelas tanpa mempedulikan teman lain.

2. Salah seorang daripada klik anda, si A keluar dengan jejaka/ gadis yang popular di sekolah sedangkan sebelum itu klik anda merancang untuk keluar bersama. Anda …..
a. Meneruskan rancangan walaupun tak cukup kuorum. Tak ada hal!
b. Menghasut klik anda yang lain agar tidak menegur sapa si A.
c. Buat tak tahu saja.

3. Seseorang yang anda minati mengajak anda menghadiri parti hari jadinya sedangkan anda sudah berjanji dengan klik untuk keluar bersama. Anda senyum dan berkata…
a. “Terima kasih. Tapi saya tidak dapat pergi ke parti kamu.”
b. “Ok juga. Tapi boleh tak kalau saya bawa kawan-kawan saya?”
c. “Siapa…. Saya?”

4. Anda berjanji untuk pergi makan dengan klik anda di sebuah restoran makanan segera. Apabila anda sampai, restoran tersebut penuh sesak. Anda….
a. Ajak saja klik anda makan ditempat lain.
b. Tidak perlu risau kerana anda sudah tempah meja makan terlebih dahulu. Jadi tak perlulah anda batalkan temu janji bersama klik anda.
c. Tak jadi masuk. Batalkan saja temu janji anda itu.

5. Seorang daripada klik anda mempunyai masalah besar dengan teman lelaki/perempuannya. Dia minta nasihat anda untuk menyelesaikan masalahnya itu. Nasihat anda ….
a. “Tinggalkan saja teman lelaki/perempuan kamu itu, menyusahkan saja.
b. “Sabar saja. Kita orang ka nada!”
c. “Entahkah. Kamu kena selesaikan masalah itu sendiri. Saya tidak pernah bercinta!”

6. Semasa dalam peperiksaan anda cuba memujuk klik anda untuk meniru. Secara tiba-tiba guru anda dapat mengesannya. Alasan anda ….
a. Mengaku salah sendiri tanpa membabitkan klik anda yang lain.
b. Mengheret klik anda sekali. Yalah, kalau kena hukuman, biar sama-sama tanggung.
c. Cakap dengan guru anda yang anda hanya mengikut klik anda saja.

7. Anda boleh dikatakan seorang pelajar yang bijak dalam mata pelajaran Matematik dan dalam masa yang sama kawan anda memerlukan pertolongan untuk menyelesaikan masalah Matematik mereka. Jadi anda?
a. Sama-sama menyelesaikan masalah itu.
b. Tidak menghiraukan dan mengharapakan kawan anda itu menyelesaikan masalah itu dengan sendiri.
c. Hanya tunjukkan formula penting sahaja dan biarkan dia menyelesaikan sendiri soalan yang sukar itu. Kalau tak buat sendiri macam mana nak pandai?

8. Klik anda sebulat suara merancang untuk bercuti di sebuah pusat peranginan tetapi anda kurang menyenangi tempat yang dirancang itu. Anda terus
a. Malas nak ikut
b. Ikut saja sebab semua orang sudah bersetuju
c. Beri cadangan untuk ke tempat lain

9. Satu pertandingan nyanyian akan diadakan tidak lama lagi. Anda bercadang untuk menyertainya. Anda ...
a. Menyertainya secara solo tanpa mengajak klik bersama.
b. Minta pandangan klik anda samada ingin menyertai pertandingan itu atau tidak
c. Mengajak klik anda untuk sama-sama menyertai pertandingan tersebut.

10. Salah seorang klik anda bakal menyambut hari jadinya. Perancangan anda…
a. Belikan hadiah yang murah sahaja, janji anda mengingati tarikh lahirnya.
b. Buat tak tahu saja. Anda sendiri pun tidak pernah mengingati tarikh lahir anda.
c. Rancang bersama klik yang lain untuk mengadakan parti mengejut untuknya.


MARKAH ANDA

A Sahabat Yang Baik
Jika anda memilih ‘a’ sebagai jawapan lebih daripada enam, sememangnya anda seorang sahabat yang baik. Anda amat mengambil berat soal persahabatan. Bak kata pepatah, susah senang bersama. Anda juga seorang pendengar yang baik dan sanggup berkorban demi persahabatan. Beruntung sesiapa yang dapat kawan seperti anda

B Berlagak Seperti Ketua

Jika anda memilih ‘b’ sebagai jawapan lebih daripada enam, nampaknya anda berlagak seperti seorang ketua. Malah klik anda juga sama ada terpaksa atau dipaksa supaya menurut saja cakap anda. Anda suka mendesak klik anda menurut saja apa-apa yang anda katakan. Dalam persahabatan kena bertolak-ansur, saling bekerjasama dan bertoleransi. Barulah persahabatan yang terjalin akan berkekalan selama-lamanya.

C Mementingkan Diri Sendiri

Jika anda memilih ‘c’ sebagai jawapan lebih daripada enam, berhati-hatilah. Anda seorang yang amat mementingkan diri sendiri dan ego. Walaupun anda mempunyai klik sendiri, ada kalanya mereka tidak menggemari sikap anda itu. Apa tunggu lagi? Segera ubah sikap anda itu. Daripada anda hilang kawan dan terkontang-kanting sendirian, baik anda hilangkan sikap ego itu.
-Petikan dari FOKUS SPM, Julai 2009-

Selamat mencuba! - WSHWZ

Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang

Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang


1. Bersikap optimistik. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang.

2. Mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada
suatu masa kelak.

4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

5. Sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, alat tulis dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda
atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri
dalam pembelajaran.

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan
guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.

17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan
yang sebenar.

19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang
lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan
gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah
berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

PENGURUSAN MINDA



SESEORANG yang mampu membimbing diri memiliki keupayaan pengurusan minda yang baik. Segala-galanya dalam hidup memerlukan pengurusan.
Daripada hari kita dilahirkan sehinggalah urusan pengebumian, pengurusan amat penting.
Pengurusan bukan sekadar mengurus fail, kakitangan atau segala-galanya yang berkaitan dengan hal-ehwal pejabat, tetapi juga jadual waktu persekolahan, kerja rumah, menyemak kerja sekolah, menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan dan sebagainya.
Sebagai seorang bapa atau emak, kita perlu menguruskan hal anak-anak; sebagai seorang pekerja, kita perlu mengurus hal ehwal pekerjaan; dan pengurusan akan berlaku dalam segala aspek kehidupan yang lain.
Dalam segala pengurusan yang kita lakukan ini, kita tidak boleh mengabaikan aspek terpenting iaitu minda kita.
Kita perlu mengurus cara kita berfikir.
Pengurusan minda bermakna mengarahkan pemikiran kita ke arah yang dapat membantu kejayaan diri kita dan juga orang lain.
Pengurusan minda atau pemikiran bukan sahaja untuk hal-hal rumah tangga dan pekerjaan sahaja, malah perlu dilakukan untuk segala-gala yang kita lakukan.
Pengurusan minda melibatkan pengawalan fikiran. Kita boleh secara sedar mengawal fikiran kita ke arah kecemerlangan.
Sebenarnya ini boleh dilakukan dengan mengamalkan sistem yang baik.
Contohnya, seorang penjaja gerai yang menjual makanan dan minuman.
Seorang pekerja ditugaskan di bahagian makanan (misalnya membuat roti canai) dan penjaja itu sendiri membuat minuman.
Apabila datang sahaja pelanggan dan membuat pesanan, mereka duduk di meja yang disediakan manakala penjaja itu sibuk membuat minuman.
Pada masa yang sama, datang lagi pelanggan lain dan membuat pesanan.
Penjaja itu tidak berhenti-henti membuat minuman dan dia tahu serta ingat segala pesanan yang dibuat oleh pelanggan-pelanggannya yang begitu ramai.
Penjaja itu mampu melakukannya kerana dia berfikir dan bertindak dengan satu sistem yang baik.
Dia mampu melakukan beberapa perkara, contohnya; merebus telur, membuat teh atau kopi dan melayan pelanggan sekali gus. Dia juga sudah mempunyai sistem yang baik untuk bahan-bahan yang digunakannya sehinggakan dia boleh mencapai sesuatu tanpa melihat lagi.
Ramai lagi orang yang kita lihat ,melakukan sesuatu kerja seperti penjaja ini dan kita mengagumi kebolehan mereka. Sebenarnya mereka berjaya melakukannya kerana bekerja secara sistematik.
Cara sistematik sebeginilah yang perlu digunakan dalam segala aspek, termasuk berfikir.
Masalah kebanyakan orang ialah malas atau enggan berfikir secara sistematik dan terurus.
Kalau di sekolah, ramai pelajar tidak suka dengan mata pelajaran Matematik kerana mereka menyatakan bahawa mata pelajaran ini memerlukan pemikiran yang banyak.
Begitu juga dengan mata pelajaran Sains. Kita lebih suka sesuatu yang tidak mencabar pemikiran kita.
Ada pelajar yang mendakwa mata pelajaran Lukisan adalah senang, tetapi masih tidak mendapat markah yang tinggi.
Sebenarnya, setiap pelajaran memerlukan pemikiran yang sistematik, yang berbeza ialah sesetengah mata pelajaran lebih merupakan hafalan manakala yang lainnya menekankan pemikiran.
Sesungguhnya, pemikiran yang membatasi diri ini merupakan satu kerugian yang besar dalam hidup.

Tuesday, August 4, 2009

SIAPA PENCIPTA BENDERA MALAYSIA?


Hasil siasatan yang dijalankan oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ) selama hampir dua bulan mendapati pencipta Jalur Gemilang adalah bekas arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR), Allahyarham Mohamed Hamzah. Penolong Pengarah Bahagian Persuratan Sejarah YWJ, Dzulkarnain Asmawi berkata, maklumat dan dokumen yang ditemui selama ini mampu menyelesaikan beberapa pertikaian mengenai sejarah penciptaan Jalur Gemilang. Beliau berkata, selain lakaran mahupun karya Allahyarham Mohamed yang ditemui berkaitan dengan Jalur Gemilang, pihaknya juga berjaya mengumpul beberapa maklumat penting menerusi laporan surat khabar.

�Sesuatu rumusan bukan saja boleh dilakukan berdasarkan dokumen hitam putih, malah bukti-bukti lain yang sesuai dan memadai juga boleh membantu sebarang keputusan dilakukan. �Sehingga kini, kami turut berjaya mendapatkan beberapa saksi dan sumber yang terdiri daripada rakan karib serta anak didik Allahyarham bagi menyelesaikan pelbagai kekeliruan mengenai sejarah kewujudan bendera negara kita,� katanya. Dzulkarnain berkata, walaupun pada permulaannya, beberapa individu tampil mempertikaikan identiti sebenar pencipta asal Jalur Gemilang, namun pihaknya tidak menafikan bahawa sehingga kini pihaknya hanya menemui bukti yang memihak kepada Allahyarham Mohamed.


Beliau berkata, individu yang mempertikaikan jasa Allahyarham berkenaan juga tampak mendiamkan diri berbanding keluarga dan rakan arwah yang memberi kerjasama penuh kepada YWJ mahupun Arkib Negara. Menurutnya, selain hasil penyiasatan daripada dokumen lama yang ditemui di stor JKR dan temubual dengan keluarga serta anak didik Allahyarham, pihaknya juga mengakui buku mata pelajaran Sejarah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Tingkatan Lima menyatakan Allahyarham sebagai insan yang bertanggungjawab mencipta bendera Malaysia. �Buku sejarah berkenaan yang digunakan bagi sesi pembelajaran di hampir semua sekolah menengah di seluruh negara mungkin tidak mengandungi fakta-fakta yang salah mengenainya.

�Malah, buku berkenaan yang dihasilkan oleh beberapa ahli sejarah terkenal juga berdasarkan rekod dan maklumat sahih yang diperolehi, � katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. Beliau berkata, bagaimanapun, pihaknya tidak mempunyai sebarang kuasa untuk membuat pengesahan mahupun pengumuman secara terbuka kepada masyarakat mengenai hasil siasatan berkenaan. Menurutnya, semua pengumuman hanya berhak dilakukan oleh Arkib Negara Malaysia (ANM) mahupun jabatan kerajaan lain yang dipertanggungjawabkan. �Kami berharap semua lapisan masyarakat termasuk keluarga mahupun rakan Allahyarham bersabar sementara arkib melakukan sebarang pengesahan atau pengumuman, � katanya.

Terima kasih Ragam isu.


.