Kursus Peningkatan Minda pada awalnya dirancang untuk Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMK Bandar Baru Sentul. Namun program kolaborasi dengan pihak Kolej Unity Antarabangsa ini memerlukan penyertaan seramai 100 orang. Oleh itu, program ini telah dibuka kepada unit-unit lain di SMK Bandar Baru Sentul. Penyertaan telah ditawarkan kepada Pusat Sumber Sekolah (PSS), ahli Koperasi SMKBBS Berhad, ahli Skuad Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan AJK Makmal Siber SMKBBS.
Program ini telah dijalankan pada hari Sabtu, 25 Julai 2009. Seawal 7.00 pagi lagi pelajar telah berada di kantin sekolah. Dua buah bas telah membawa pelajar dari SMKBBS ke Kolej Unity Antarabangsa yang terletak di Petaling Jaya. Program bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang terlibat tentang kolej ini dan memberi peluang pelajar berada di suasana pembelajaran sebenar di IPTS. Pihak Unit Bimbingan Kaunseling telah memilih untuk mengikuti program ceramah bertajuk “Management Skills” dan sesi bengkel bertajuk “Intro To Multimedia Element”.
Antara objektif kursus ini diadakan ialah untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk mencari dan mengumpul maklumat melalui pembelajaran di luar bilik darjah. Ianya juga dapat memberi pendedahan peluang menyambung pelajaran ke IPTS selepas sekolah agar mereka bersedia, memahami prosedur dan keperluan IPTS. Selain itu, program ini dapat memberikan pendedahan tentang teknologi maklumat dengan kemudahan makmal komputer serba lengkap dan canggih di Kolej Unity International.
Seramai 100 orang pelajar telah terpilih pada mulanya untuk menyertai kursus ini yang terdiri daripada 50 orang ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), 22 orang ahli Pengawas Pusat Sumber (PSS), 10 orang ahli Koperasi SMKBBS Berhad, 12 orang ahli Skuad Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan 6 orang AJK Makmal Cyber. Namun pada hari sebenar hanya 89 orang sahaja yang dapat menyertai kursus ini hingga ke akhirnya. Seramai 5 orang guru pengiring bersama-sama pelajar dan kami dibawa untuk mengunjungi bangunan baru Kolej Unity Antarabangsa yang terletak berhampiran dengan stesyen LRT Asia Jaya.
Tentatif program yang disediakan oleh pihak kolej pada awalnya akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang terlibat berjumpa dengan Dr. Kapten Faez Nordin. Namun begitu, kami diberitahu yang beliau terlibat dengan program lain dan slot motivasi beliau digantikan oleh Tuan Haji Zainol Hassan dengan tajuk “Mencungkil Potensi Diri”.
Pengisisan yang menarik minat pelajar adalah sesi pembelajaran berbantukan komputer. Pada hari itu, pelajar berpeluang menggunakan sebuah komputer untuk Program FLASH. Dua buah lab digunakan. Lab C dikendalikan oleh Mr Joseph Ng dan Mr Ilangovan. Sementara Lab D dibawah seliaan Ms Noorliza dan Ms Thiba. Semga ilmu yang diperolehi akan dimanafaatkan oleh pelajar yang terlibat.
Program yang dirancangkan ini mendapat sokongan daripada semua pihak terutamanya daripada Pn Hjh Faridah, pengetua SMKBBS sendiri. Selain itu, ianya julung-julung kali diadakan melibatkan agensi luar dan ianya dapat memberi manfaat kepada pelajar. Semoga mereka akan mencapai kejayaan yang cemerlang dan bermotivasi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati.
Program sebegini akan dirancang untuk tahun 2009 kepada pelajar-pelajar terutamanya ahli PRS ke arah peningkatan pengetahuan dalam bidang komputer, bahasa dan kepimpinan.
Disediakan oleh,
PN. NORHAFIZA BINTI MOHD ZAHIR
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
SMK Bandar Baru Sentul
Kuala Lumpur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment